Kuala Lumpur, 8 Nov: Kira-kira 15 motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, musnah dalam kebakaran disyaki angkara perbuatan khianat di pangsapuri Taman Cheras Utama di sini, awal pagi tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima panggilan daripada orang awam, pada jam 1.40 pagi memaklumkan perkara terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof, berkata kebakaran itu disedari seorang saksi yang ingin ke tempat kerja sebelum terdengar jeritan api.

“Sebaik terdengar jeritan itu, saksi bergegas ke tempat letak kenderaan yang terletak di bawah pangsapuri terbabit sebelum melihat api sedang marak membakar kira-kira 15 motosikal.

“Saksi bergegas menghubungi bomba untuk bantuan memadamkan kebakaran serta melaporkan kepada balai polis Bandar Damai Perdana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Dzaffir Mohd Yussof berkata, siasatan lanjut polis di lokasi kejadian mendapati sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda turut terbakar.

“Selain polis, pasukan Forensik Bomba Zon Langat yang turut menjalankan di lokasi menjumpai sebiji botol kaca kosong yang mempunyai bau minyak tanah.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran. Anjing Pengesan (K9) bomba turut membantu mengesan bukti di tempat kejadian,”katanya.

KLIK BACAPutera Turki berkait 1MDB dan Jho Low ditahan. Apakah skandal akan terbongkar di Arab Saudi?

KLIK BACA: Selama ini rakyat tidak mengeluh dan membantah bayar cukai ada Najib peduli?

KLIK BACA: Rosmah tak dendam bersalam dengan Guan Eng semasa lawat Banjir Pulau Pinang

KLIK BACA: Clare dedah dakwaan kemewahan pemimpin PAS di mahkamah London

KLIK BACA: Muhyiddin – Najib tak patut sebut ‘Kepala bapak kau’ sebagai PM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE