Muhyiddin menyifatkan ucapan Najib ‘kepala bapak kau’ tidak sepatutnya keluar dari mulut Perdana Menteri. – Foto ihsan FMT

KUALA LUMPUR 6 Nov – Perdana Menteri Najib Razak sudah tidak dapat lagi mengawal perasaan disebabkan “situasi dan keadaannya” sehingga mengeluarkan ungkapan kesat “kepala bapak kau”, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Umno yang kini menjadi Presiden Bersatu, Muhyiddin berkata, ucapan Najib itu “amat memalukan” dan “celupar” keluar dari mulut seorang perdana menteri.

“Mungkin kerana situasi dan keadaan yang beliau hadapi tidak lagi dapat dia mengawal perasaan.

“Iya, mungkin ada perbezaan politik tapi janganlah sampai menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang,” kata ahli Parlimen Pagoh itu dalam rakaman video yang disiarkan melalui akaun Facebook rasminya lapor portal The Malaysian Insight.

Muhyiddin mengulas ucapan Najib semalam yang menggunakan perkataan “kepala bapak kau” sebagai menjawab kritikan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad terhadapnya.

Najib berkata demikian ketika mengulas hasrat Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir yang mahu mengkaji semula semua perjanjian projek antara Malaysia dan China, sekiranya menang pilihan raya umum akan datang nanti.

“Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik,” katanya dengan bersemangat di depan ribuan perwakilan yang memenuhi dewan persidangan di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur.

Menurut Najib, perjanjian kerjasama serta hubungan ekonomi Malaysia dengan China bukan bermakna kedaulatan negara tergadai.

Bagaimanapun, Najib kemudian meminta maaf kerana menggunakan “bahasa kasar” dalam ucapannya.

Menurut Muhyiddin, kenyataan Najib itu pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya apabila perdana menteri menyentuh tentang Dr Mahathir.

“Soal yang berbangkit rakyat tanya di mana harga diri? Di mana jati diri? Lebih-lebih lagi bila dia menyebut perkataan yang pada saya cukup kesat, maki hamun.

“Ini sesuatu yang biadaplah. Cukup teruk. Jadi amat memalukan seluruh rakyat Malaysia.

“Tapi kalau kita fikir balik, apa yang boleh kita harapkan lagi daripada Datuk Seri Najib ni,” katanya.

KLIK BACANajib serah saja jawatan Perdana Menteri kepada Timbalan kalau dah tak tahan cabaran…

KLIK BACA:  Johari Abdul cabar Husni ulang dakwaan anak buahnya Hairani Nafiz diliwat Anwar Ibrahim.

KLIK VIDEO: Mental Najib tak stabil sebut Kepala Bapak Kau, kata Zahid

KLIK BACA: Apa sudah jadi Perdana Menteri Najib, ‘Kepala Bapak Kau’ bahasa Mat Rempit?

KLIK BACA: Dr Mahathir: What fake news? I had no Jho Low or Riza Aziz

KLIK BACA: Hadi pula akhirnya bawa Najib ke mahkamah?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE