Penganalisis politik Shahbudin Husin mengulas kes saman PAS-Sarawak Report melibatkan Hadi Awang dan mungkin disertai Najib sebagai saksi.

oleh Shahbudin Husin | 5 November, 2017

Perkara paling mungkin akan berlaku serta sukar dielakkan dalam kes saman Presiden Pas, Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clate Rewcastle-Brown ialah perlunya kehadiran Najib Razak sebagai saksi di mahkamah London.

Oleh kerana nama beliau telah dikaitkan secara langsung, bukan saja dalam isu RM90 juta yang didakwa diberikan kepada Pas, tetapi juga berkaitan RM200 juta yang dikatakan diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, keperluan Najib untuk hadir memberi keterangan tidak boleh lagi dipandang remeh.

Apatah lagi buat pertamanya kalinya, Najib semalam juga menafikan pernah memberikan wang RM90 juta itu kepada Pas.

Memandangkan kenyataan itu dibuat secara terbuka ditempat umum, maka ia perlu disahkan sekali lagi dengan Najib sendiri mesti tampil sebagai saksi di dalam mahkamah.

Jika tidak, penafian Najib itu tidak boleh diterima dan hanyalah umpama perbualan dalam sembang-sembang di kedai kopi saja.

Dengan yang demikian, untuk menentukan Najib benar-benar tidak pernah memberikan wang, sama ada dalam jumlah RM90 juta atau RM200 juta, beliau perlu mengesahkannya di mahkamah.

Dalam hal berkaitan, bukan saja peguam Clare ingin menyoal Najib dengan lebih detail, malahan tentunya peguam Hadi juga ingin berbuat perkara yang sama.

Najib pula, dalam keinginan untuk memastikan Hadi menang kes samannya terhadap Clare itu, sudah pasti sukar untuk menolak daripada menjadi saksi kerana keengganan untuk hadir secara tidak langsung memperlihatkannya tidak mahu membantu Presiden Pas itu.

Hadi sendiri tentunya amat kecewa jika Najib enggan hadir untuk memberi keterangan dan membantunya dalam perbicaraan itu.

Dah jadi kawan, adatnya tentulah Najib dan Hadi boleh saling bantu-membantu.

Apabila hadir di mahkamah London, Najib pasti bukan saja akan ditanya mengenai wang RM90 juta, tetapi juga berkenaan RM200 juta dan kaitannya dengan 1MDB.

Ini kerana sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kesemua wang yang dikatakan pemberian Najib itu adalah dipercayai bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam pendedahannya melalui akuan bersumpahnya sebelum ini, walaupun tidak menyebut jumlahnya, mengatakan Najib telah memberikan wang yang bersumberkan daripada 1MDB kepada Nasharuddin untuk disalurkan kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pula, di sebalik tidak menyebut nama sesiapa, tetapi secara terbuka mendedahkan angka RM200 juta itu serta nama sebuah bank, Affin Bank sebagai tempat di mana wang tersebut disalurkan.

Jika Rafizi dan Husam pun ada maklumat sedemikian rupa, apakah tidak mungkin peguam Clare mempunyai lebih maklumat lagi?

Maka, mampukah Najib menafikannya dalam mahkamah nanti?

Apa yang menariknya di sini, kalau sebelum ini Najib berjaya menolak beberapa saman untuk menghadapkannya ke mahkamah berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang pernah diterimanya, bahkan soalan di Parlimen juga berjaya dielaknya, beliau kini sudah tiada pilihan lain lagi.

Najib kini terpaksa hadir ke mahkamah London dan seterusnya merelakan dirinya disoal oleh peguam di sana.

Akhirnya, meskipun Clare yang kena saman, dalam masa yang sama, Presiden Pas itu juga telah berjaya mengheret Perdana Menteri ke mahkamah – suatu perkara yang selama ini sedaya-upaya cuba dielakkan oleh Najib.

Tahniah buat Hadi Awang.  – ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel merupakan pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews.

KLIK BACA: Clare dedah dakwaan kemewahan pemimpin PAS di mahkamah London

KLIK BACANajib serah saja jawatan Perdana Menteri kepada Timbalan kalau dah tak tahan cabaran…

KLIK BACA: Rosmah tak dendam bersalam dengan Guan Eng semasa lawat Banjir Pulau Pinang

KLIK BACAPutera Turki berkait 1MDB dan Jho Low ditahan. Apakah skandal akan terbongkar di Arab Saudi?

KLIK BACA: Selama ini rakyat tidak mengeluh dan membantah bayar cukai ada Najib peduli?

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir gesa Hadi Awang taubat

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE