Najib meluahkan kemarahannya terhadap pembangkang isu kedaulatan negara berkait hubungan Malaysia-China.

KUALA LUMPUR 5 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap di mesyuarat agung tahunan MCA di Kuala Lumpur pengerusi BN itu berkata hubungan Malaysia dan China yang berlaku di bawah pentadbirannya tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.

Mengulas pendirian Pakatan Harapan (HARAPAN)  untuk mengkaji semula perjanjian berkenaan, perdana menteri berkata ia sangat tidak logik.

“Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik,” katanya dengan bersemangat di depan ribuan perwakilan yang memenuhi dewan persidangan di Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang.

Bagaimanapun Najib kemudian meminta maaf kerana menggunakan “bahasa kasar” dalam ucapannya lapor Malaysiakini.

Kata Najib tidak ada kedaulatan negara yang tergadai ekoran keputusan kerajaan mengadakan hubungan ekonomi dan pelaburan dari China.

“Bodoh. Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk?

“Bodoh punya kerja. Saya tak lah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini adalah tanah air kita yang berdaulat,” katanya.

“Pergi Forest City cerita macam-macam. Itu semua tanah tebus gunalah, bukan tanah Johor.

“Tanah tebus guna sebahagiannya dijual kepada pihak luar negara, manakala sebahagian lagi kepada orang tempatan.

“Anda fikir mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh berfikir sendiri?” katanya.

Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad antara tokoh negara mengkritik projek Forest City yang dibangunkan di Johor dan mendakwa ia berbahaya kepada kedaulatan negara.

Dr Mahathir berkata banyak tanah dan kediaman di sekitar Johor Bahru akan dijual kepada warga asing sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah, termasuk keselamatan.

Berkenaan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia – China (MCKIP) yang disentuh Najib pula membabitkan kawasan yang dimajukan di Gebeng dan digelar sebagai ‘Tembok Besar China’ di mana Dr Mahathir turut melawat ke kawasan berkenaan.

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin

KLIK BACA: Muhyiddin – Najib tak patut sebut ‘Kepala bapak kau’ sebagai PM

KLIK BACANajib serah saja jawatan Perdana Menteri kepada Timbalan kalau dah tak tahan cabaran…

KLIK BACA:  Johari Abdul cabar Husni ulang dakwaan anak buahnya Hairani Nafiz diliwat Anwar Ibrahim.

KLIK VIDEO: Mental Najib tak stabil sebut Kepala Bapak Kau, kata Zahid

KLIK BACA: Apa sudah jadi Perdana Menteri Najib, ‘Kepala Bapak Kau’ bahasa Mat Rempit?

KLIK BACA: Dr Mahathir: What fake news? I had no Jho Low or Riza Aziz

KLIK BACA: Hadi pula akhirnya bawa Najib ke mahkamah?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE