Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan penangkapan MO1 pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di Parlimen. – Foto Wan Azizah Wan Ismail Facebook

PARLIMEN 31 Okt – Pakatan Harapan berikrar untuk menangkap “Malaysian Official 1” (MO1) dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya, selepas menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Tindakan itu kata Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah salah satu ikhtiar untuk merubah Malaysia untuk menjadi antara sepuluh negara paling bersih di dunia menjelang 2030.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melapor terus kepada perdana menteri. Mereka hanya berani tangkap ‘ikan bilis’. ‘Ikan jerung’ seperti MO1 masih bebas.

“Harapan berikhtiar untuk membersihkan Malaysia dari najis rasuah, bermula dari pimpinan tertinggi kerajaan.

“Kami bertekad untuk menjadikan Malaysia antara sepuluh negara paling bersih mengikut indeks persepsi rasuah Transparency International menjelang tahun 2030,” katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di Parlimen, hari ini.

MO1 mula disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tahun lalu.

Saman itu bertujuan menyita aset di negara itu yang didakwa diperolehi melalui penyelewengan dana 1MDB.

Sementara itu, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata gabungan pembangkang itu juga berjanji akan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat penyelewengan 1MDB. – Sumber KeadilanDaily

KLIK BACA: Pengiring Tun Mahathir dari Unit Tindakan Khas ditarik balik?

KLIK BACAAnnuar betul Tun Mahathir mahu jatuhkan Najib kerana kuasa…

KLIK BACAShafie rasa dikhianati, rakyat Sabah tak kenal Najib kalau bukan kerananya

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Najib dan polisi ekonominya, siapa untung siapa rugi? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Nazri secara tidak langsung akui Jho Low, kata peguam Faiz Fadzil

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE