Ampang, 31 Okt – Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ direman empat hari bermula Selasa berhubung dakwaan memukul tiga anggota Rela dekat sini, Jumaat lalu.

Mstar melaporkan,lelaki tersebut telah menyerah diri pada Isnin lalu kepada pihak polis sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek berusia 29 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira pukul 4 petang.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta suspek mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang menganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian

KLIK BACA: Musa Aman tidak kaya semasa masuk Umno, kata Shafie

KLIK BACAShafie rasa dikhianati, rakyat Sabah tak kenal Najib kalau bukan kerananya

CLICK READ: Musa Aman gets rich as Sabahans remain poor, says Warisan president

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

KLIK BACAHancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE