Puspa bergambar sambil diapit dua anak lelakinya. Foto : Pripa Dewi/Instagram

Walau sudah mencecah usia 50 tahun dan mempunyai dua anak lelaki, seorang wanita masih lagi kelihatan jelita dan mampu menandingi kecantikan gadis yang jauh lebih muda daripadanya.

Puspa Dewi yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini dipuji netizen kerana kecantikannya dan ramai menyangka wanita berasal dari Jakarta, Indonesia itu berumur sekitar 20-an selepas gambar majlis sambutan ulang tahun kelahirannya telah dimuat naik di Instagram.

Terdapat gambar yang mana Puspa diapit dua anak lelakinya dan dianggap netizen itu adalah teman wanita mereka, namun sebenarnya itu adalah ibu mereka.

Walaupun kebanyakan wanita beralih kepada produk kecantikan dan pembedahan plastik untuk mengekalkan penampilan muda mereka lebih lama, tapi bagi Puspa, dia mendakwa bahawa penampilannya yang sangat muda itu adalah semula jadi.

Puspa menganggap genetik dan gaya hidup sihat selain amalan diet seimbang memainkan peranan penting.

Aktiviti seperti renang dan badminton telah diamalkan sejak dari usia muda dan kini sering mengikuti kelas aerobik dan zumba beberapa kali seminggu.

“Semakin bertambah usia, saya nampak semakin muda. Itu yang ramai orang kata.

“Saya rasa apa yang orang katakan itu betul kerana saya sentiasa gembira dengan kerjaya dan anak-anak yang sudah besar,” kata usahawan kosmetik itu.

Instagram milik Puspa telah mencecah puluhan ribu pengikut hanya dalam beberapa hari selepas foto yang diambil pada hari ulang tahunnya tular. – Sinar Global

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE