PARLIMEN 27 Okt – Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpandangan Bajet 2018 oleh kerajaan hari ini adalah ‘bajet daun ketum’ yang bersifat jangka pendek bukan jangka panjang yang hanya untuk menghayalkan rakyat.

Mahfuz  menyentuh mengenai Bajet 2018 yangg dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat petang ini antara lain ujarnya, tidak menyentuh untuk penghapusan atau pengurangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menjadi punca kepada kesempitan hidup rakyat.

“Saya anggap Bajet 2018 ialah ‘aiyak (air) daun ketum’ yang menghayalkan yang bersifat sementara, kerana apa yang diumumkan cadangan dan penyelesaian yang dikatakan dihadapi rakyat bersifat jangka pendek bukan jangka panjang.

“Sebab itu tidak disentuh hal berkaitan penghapusan GST sedangkan itu antara faktor menjadi punca kenaikan harga barang patutnya dikurangkan kerana GST membebankan rakyat,” katanya seperti dilapor MalaysiaDateline.

Najib ketika membentangkan Bajet 2018 berkata, GST menjadi penyelamat kepada ekonomi negara tahun ini, tanpa kutipan RM41 bilion beliau tidak dapat membayangkan macam mana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

Najib mengumumkan mulai 1 Januari 2018 kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor; Bukit Kayu Hitam di Kedah dan; Eastern Dispersal Link di Johor.

Mengulas langkah itu Mahfuz berkata, ini jelas membayangkan kerajaan pimpinan Umno-BN kini bimbang dengan pembangkang yang mendapat sokongan rakyat di tiga negeri itu.

” Faktor pembangkang yang terlalu kuat di Kedah, Selangor dan Johor menunjukkan negeri itu bakal jatuh di tangan pakatan.

“Dulu kita (pembangkang) cadang hapuskan semua tol…semua orang kata tak boleh.

“Tapi hari ini PM membuktikan tol boleh dihapuskan walaupun beliau tidak umum nak hapuskan semua tol, tapi dengan adanya ‘political will’ ia boleh dilakukan walaupun hanya babit beberapa negeri sahaja ,” katanya lagi.

Manakala penganalisis politik Shahbudin Husin berkata, Najib hanya mampu mempersembahkan perkara-perkara remeh seperti kebenaran pulang awal bagi suami yang isterinya mengandung. Kebenaran pengambilan terus pembantu rumah dan tidak lagi melalui agen hanya mendedahkan majikan kepada penipuan dan lebih banyak masalah akan timbul.

Beliau seharusnya menekankan bayaran agen yang munasabah atau memperbanyakkan lagi, atau mandatori berhubung pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, baik sektor kerajaan mahu pun swasta.

Sementara bajet Pakatan Harapan mahu menghapuskan tol dan GST, Najib sebaliknya cuma memansuhkan lima tol saja, itu pun dua di Selangor yang terlibat itu memang konsesinya akan berakhir pada 2018 serta hanya beberapa item barangan yang dikecualikan cukai GST tersebut.

Manakala tiada jaminan ia tidak akan di cukai semula atau lebih teruk cukai GST dinaikkan kepada 10% selepas BN memenangi PRU14.

KLIK BACA: Nazri secara tidak langsung akui Jho Low, kata peguam Faiz Fadzil

KLIK BACA: Bajet NAJIB pemberian tunai sebabkan belanja pembangunan terpaksa diciputkan

KLIK BACA: ‘Ibu segala skandal’ hilang dalam bajet Najib, kata Kit Siang

KLIK BACA: Tiada pemimpin UMNO berani cadang Jho Low dibawa balik?

KLIK BACA: Najib dan polisi ekonominya, siapa untung siapa rugi? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Menang PRU14 tahulah Tun Mahathir dan Pakatan Harapan cari Jho Low, Zahid, Najib

KLIK BACA: Nazri tak fikir arahan Jho Low berkaitan 1MDB mungkin dilakukan di Malaysia?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share