Sesi pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini ditutup dengan laungan “kleptokrasi” oleh anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN), yang berbuat demikian sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai berucap.

“Sampai ke titisan darah terakhir, membawa Barisan Nasional menuju kemenangan besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti,” katanya.

Anggota parlimen HARAPAN kemudian melaungkan “kleptokrasi!” sebagai membalas kenyataan Najib itu.

Mereka juga mengangkat plakad yang menunjukkan bantahan terhadap GST, serta janji mereka untuk menaikkan gaji minima kepada RM1,500 jika mentadbir negara.

Anggota parlimen BN membalas aksi itu dengan mengangkat buku Bajet 2018.

Anggota PAS pula hanya ‘menjadi penonton’ dan tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak.

Najib yang juga menteri kewangan dilihat tidak mengendahkan aksi HARAPAN, dan hanya tersenyum ketika kembali duduk selepas menamatkan ucapannya lapor Malaysiakini.

Pada pembentangan tahun lalu, mereka mengangkat plakad ‘Siapa MO1?’ sebelum keluar dari Dewan Rakyat, ketika Najib sedang membentangkan bajet.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Godaan Iblis – Orang yang fasik pun masih ada harapan kerana sikap pemurah dan ikhlas…muslim yang bakhil hati-hati…termasuklah yang menyombong angkuh enggan menurunkan GST. #Bajet2018

Iblis menyukai orang yang bakhil walaupun beriman, kerana sifat bakhil itu sendiri menunjukkan orang itu merasakan harta adalah miliknya dan bukannya amanah dan ujian dari Allah S.w.t.

Diriwayatkan dari Ibnu Abi Dunya, dari Abdullah bin ‘Atiq dia berkata, “Telah bertemu Yahya bin Zakariya dengan Iblis, maka Yahya berkata kepadanya; “Beritahu padaku manusia mana yang paling kamu suka dan manusia mana yang paling kamu benci?”

Iblis berkata; “Manusia yang paling aku sukai ialah orang mu’min yang bakhil, dan yang paling aku benci ialah orang fasiq yang pemurah.”
Yahya berkata; “Kenapa begitu?”

Iblis berkata; “Kerana orang bakhil itu telah memuaskan-ku dengan kebakhilannya, sedangkan orang fasiq yang pemurah, aku khuatir akan dinaikkan oleh Allah kedermawanan-nya dan diterimanya, kemudian diberi kurniaan.”

Dan Iblis berkata lagi; “Kalau-lah kamu bukan Yahya, aku tidak akan memberitahu-mu.” – [Imam as-Suyuthi]

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. – (Al-Israa’ 17:53)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s – Ambillah Syaitan sebagai musuhmu…

KLIK BACA: ‘Ibu segala skandal’ hilang dalam bajet Najib, kata Kit Siang

KLIK BACA: Tiada pemimpin UMNO berani cadang Jho Low dibawa balik?

KLIK BACA: Pahlawan Bugis tidak mencuri, kata Dr Mahathir kepada Najib

KLIK BACA: Najib dan polisi ekonominya, JHO LOW siapa untung siapa rugi? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Menang PRU14 tahulah Tun Mahathir dan Pakatan Harapan cari Jho Low, Zahid, Najib

KLIK BACA: Jho Low kebal disebabkan pembelaan daripada Umno, kata Mukhriz

KLIK BACA: Mahathir jadi Perdana Menteri dan Allah panjangkan umur untuk menjelaskan ini?

KLIK BACA: Umno mesti dikalahkan baru insaf rasa kepahitan rakyat di bawah, kata Shafie beberapa hari sebelum ditahan SPRM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE