Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak menghina komuniti Bugis dengan menggelar mereka lanun. – Foto The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2017.

PAHLAWAN Bugis tidak mencuri, kata Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad hari ini merujuk kepada musuhnya Najib Razak, dan menegaskan beliau tidak menghina komuniti Bugis dengan menggelar mereka lanun.

“Saya tidak pernah kata orang Bugis semuanya lanun. Yang saya kata ialah (perdana menteri) Najib (Razak) mungkin berasal dari lanun Bugis,” kata bekas perdana menteri itu dalam posting terbaru di blognya.

Beliau turut menyertakan pautan video dalam satu ucapannya baru-baru ini yang mana beliau berkata, “Ya lah, mungkin kerana dia (Najib) berasal daripada lanun Bugis”.

“Ucapan saya dituju kepada Najib yang sering mendakwa ia adalah pahlawan Bugis. Pahlawan Bugis tidak mencuri. Najib pencuri besar dan dikenali sebagai penyamun oleh seluruh dunia,” kata Dr Mahathir.

Minggu lalu Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) yang berhimpun secara aman di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya sebagai membantah kenyataan bersifat perkauman tersebut.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi parti pembangkang Bersatu, membuat kenyataan itu pada satu perhimpunan di Petaling Jaya sebagai maklum balas terhadap Najib yang sebelum ini sering mendakwa dirinya “pahlawan Bugis”, yang tidak akan tunduk dengan kritikan bekas mentornya itu.

Dr Mahathir merupakan bekas mentor Najib namun kini menentangnya kerana dakwaan penyelewengan membabitkan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad dan pengurusan negara serta ekonomi.

Dr Mahathir berkata masyarakat Bugis perlu berbangga dengan Najib yang menggelarkan dirinya pahlawan Bugis.

“Apakah orang Bugis dapat menyambut baik bahawa penyamun ini seorang pahlawan berketurunan Bugis. Saya tidak fikir orang Bugis boleh berbangga dengan seorang penyangak mendakwa ia adalah pahlawan Bugis.” – Read more TMI

KLIK BACA: Najib dan polisi ekonominya, JHO LOW siapa untung siapa rugi? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Menang PRU14 tahulah Tun Mahathir dan Pakatan Harapan cari Jho Low, Zahid, Najib

KLIK BACA: Jho Low kebal disebabkan pembelaan daripada Umno, kata Mukhriz

KLIK BACA: Mahathir jadi Perdana Menteri dan Allah panjangkan umur untuk menjelaskan ini?

KLIK BACA: Umno mesti dikalahkan baru insaf rasa kepahitan rakyat di bawah, kata Shafie beberapa hari sebelum ditahan SPRM

[signoff predefined=”Disclaimers”][/signoff]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE