Zahid Hamidi menjawab soalan Azmin Ali berkaitan Jho Low dan  skandal 1MDB di parlimen hari ini.   – Foto FMT

PARLIMEN 23 Okt – Kerajaan  masih belum menerima sebarang maklumat daripada Interpol untuk mengesan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun yakin pasukan polis antarabangsa itu sudah menjalankan tugas mereka dengan profesional, katanya sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat lapor The Malaysian Insight.

“Kita memang ada kemukakan permintaan kepada Interpol untuk mencari di mana orang yang dimaksudkan Ahli Parlimen Gombak.

“Buat masa ini, PDRM belum memperolehi sebarang maklumat, namun apa yang dilakukan agensi perisikan di peringkat antarabangsa sudah dimuktamadkan,” katanya.

“Kami juga yakin dengan usaha yang diambil beberapa agensi risikan antarabangsa (untuk menyiasat perkara itu) dan ia sudah membuat kesimpulan.

“Kami juga yakin bahawa kes itu tidak lagi relevan dan hanya dibangkitkan oleh ahli politik yang tidak pernah puas dengan kes berkenaan,” katanya.

The Malaysian Insight melaporkan Azmin sebelum itu meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan apakah kerajaan sudah memohon bantuan Interpol untuk mengesan Jho Low yang dikatakan hilang tanpa dapat dikesan.

Jho Low merupakan antara individu yang dikehendaki dalam siasatan berkaitan 1MDB yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas yang pada suatu masa dulu diketuai bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail.

Pasukan petugas khas itu kemudian dibubarkan selepas Apandi Ali dilantik menggantikan Gani pada 2015.

Apandi awal tahun lalu mengumumkan Perdana Menteri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam urusan 1MDB.

Azmin pada 14 Ogos lalu memfailkan permohonan menuntut satu perintah mandamus yang mengarahkan ketua polis negara menangkap dan membawa Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho di hadapan majistret Malaysia bagi menghadapi tuduhan jenayah di bawah Seksyen 409 dan 420 atau sebarang kesalahan lain.

Beliau mengemukakan alasan bahawa Jho Low melakukan kesalahan termasuk pecah amanah dan penipuan kerana menyebabkan syarikat 1MDB mengalami kerugian dan pihak ketiga mendapat keuntungan secara salah.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Hanipah Farikullah pada 3 Oktober lepas dengan alasan tiada merit.

Azmin bagaimanapun memfailkan rayuan terhadap keputusan itu menerusi peguamnya Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 6 Oktober lalu.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke sebelum ini membantah permohonan Azmin dengan alasan, antaranya, tiada bukti Jho Low melakukan kesalahan di Malaysia.

Nota Ana Ghoib: Apakah maklumat dipengap kerana mustahil Interpol dengan rangkaian sebesar itu belum jumpa Jho Low walhal menurut maklumat New York Times dan Wall Street Journal bahawa Jho Low kini tinggal di sebuah hotel di China.

KLIK BACA: Laporan: Jho Low bersama kapal mewahnya dikesan di Aceh

KLIK BACANajib cuba sembunyi situasi sebenar 1MDB, kata Wan Azizah

KLIK BACA: Hadi Awang bila nak taubat? baru cakap serupa bikin… – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Tun Mahathir teringat hantar Mat Sabu kursus memasak…

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: ‘Malaysia tidak perlu penyangak sebagai Perdana Menteri’

KLIK BACANajib orang pertama dihadap RCI 1MDB jika Pakatan Harapan menang PRU14, kata Muhyiddin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE