Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama beberapa pemimpin pembangkang mempersoalkan tindakan sepaker Dewan Rakyat menolak soalan yang diajukannya di Parlimen semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Foto ihsan FMT

PARLIMEN 23 Okt –  Perdana Menteri Najib Razak cuba menyembunyikan situasi sebenar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada diketahui umum, dakwa Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, selepas empat soalan ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang diajukan di Parlimen ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.

Empat soalan itu menyentuh isu pengesahan kompaun Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas 1MDB, isu pematuhan 1MDB terhadap penarikan balik pelaburan oleh Bank Negara dan isu membawa pulang kembali aset-aset yang dirampas oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).

“Pertanyaan saya itu ditolak. Kenapa ia ditolak? Pada hari ini saya telah menerima surat jawapan dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi memaklumkan alasan penolakannya.

“Isu-isu yang kita bangkitkan bukan hanya berkaitan kompaun yang dikenakan oleh Bank Negara terhadap 1MDB dan pendirian balik pelaburan tetapi juga tindakan perundangan terhadap kesalahan jenayah 1MDB yang berada di bawah jurisdiksi Najib,” katanya pada satu sidang media di Parlimen, hari ini lapor  The Malaysian Insight.

Manakala FMT melaporkan, Wan Azizah sebelum itu  meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kos ditanggung kerajaan untuk menemui Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta perbelanjaan meliputi penginapan di Hotel Trump International untuk beliau dan delegasinya.

“Apa yang berlaku pada hari ini merupakan tindakan terdesak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib yang memperalatkan pejabat yang di-pertua Dewan Rakyat dengan menghalang soalan yang dikemukakan dalam Parlimen,” kata Dr Wan Azizah.

KLIK BACA: Laporan: Jho Low bersama kapal mewahnya dikesan di Aceh

KLIK BACA [dikemaskini]: Memalukan bikin malu siasatan Jho Low ditutup

KLIK BACA: Jho Low punya pasal Azmin usik Zahid dimarah bos agaknya?

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: Tun Mahathir teringat hantar Mat Sabu kursus memasak…

KLIK BACA: Shafie ditahan cubaan lumpuhkan Parti Warisan Sabah, dakwa Tun Mahathir

KLIK BACA: Hadi Awang bila nak taubat? baru cakap serupa bikin… – Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE