oleh Mohd Ali Hashim

ALOR SETAR 21 Okt – Negara ini tidak memerlukan seorang penyangak untuk menjadi Perdana Menteri, tegas Presiden Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyangak dapat disamakan dengan lanun, pencuri maupun ‘kawaq’ dalam loghat Kedah.

Ucapan awal Dr Mahathir di Rapat Umum Selamatkan Malaysia di Dataran Stargate, Alor Setar malam tadi mendapat tepukan gemuruh ribuan hadirin.

Menurut beliau lagi, kini penyangak telah diadaptasi bahasanya kepada ‘kleptokrasi’ yang mempunyai persamaan dengan penyamun ataupun pencuri.

“Kita merasa amat malu apabila negara luar melabelkan PM kita sebagai ‘crook’.

“Seharusnya rakyat negara ini tidak mengekalkan mana-mana penyangak sebagai Perdana Menteri.

“Sekiranya pemimpin sebegini dikekalkan dalam kepimpinan negara, maka mereka akan membeli pengundi dengan duit,” katanya.

Beliau juga berkata, isu 1MDB, derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri dan sebagainya adalah bukti jelas bagaimana kleptokrasi wujud dalam kepimpinan Najib.

Oleh kerana itu katanya, sekiranya rakyat tidak membuat perubahan maka banyak lagi wang rakyat akan hilang kerana dicuri.

Sehubungan itu ujarnya, bagi memastikan tiada lagi wang rakyat yang dicuri, rakyat harus membuat perubahan dari sekarang.

“Rakyat mesti berani untuk menukar pemimpin yang korup dan suka mencuri wang negara.

“Buktikan pembaharuan yang diingini dengan tidak lagi memberi sokongan kepada Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“PH telah sepakat untuk membawa perubahan dengan membela nasib rakyat, sekaligus rakyat mesti menolak pemimpin yang gemar menjadi penyangak dalam pilihan raya umum nanti,” tambahnya lagi.

Beliau juga berkata, PH mempunyai ramai pemimpin yang mampu membawa perubahan bagi membela nasib rakyat.

Sehubungan itu ujarnya, rakyat harus membuktikan sokongan tersebut dengan berani untuk menolak Umno dan BN melalui peti undi tidak lama lagi.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. – Read more source Malaysia Dateline

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: Hadi Awang bila nak taubat? baru cakap serupa bikin… – Shahbudin Husin

KLIK BACANajib orang pertama dihadap RCI 1MDB jika Pakatan Harapan menang PRU14, kata Muhyiddin

[signoff predefined=”Disclaimers”][/signoff]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE