Alor Setar, 21 Okt – Bekas perdana menteriTun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis semasa perhimpunan Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Pengerusi Bersatu itu berkata terdapat juga keturunan Bugis yang baik.

“Saya tak hina orang Bugis. Orang Bugis ada yang baik. Tapi penyangak pun ada juga,” katanya.

“Salah ke? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis tak ada penyangak. Ada,” katanya semasa berucap di program “Rapat Umum Selamatkan Malaysia” di Dataran Harapan Baru di sini, malam tadi, lapor FMT.

Dr Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan “anti-kleptokrasi” pada 14 Oktober mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menyebut sebagai keturunan “lanun Bugis”.

Kenyataan itu mengundang protes Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Dr Mahathir berkata mereka yang menganjurkan protes itu adalah “bodoh”.

“Bodohnya, orang hari itu hari Deepavali, pejabat saya tutup. Tapi dia dah rancang (untuk berhimpun).

“Mereka sudah sewa bas, jadi pergi jugalah dan pejabat kosong. Inilah orang yang kononnya mendakwa saya menghina orang Bugis,” katanya, lapor FMT lagi.

KLIK BACANajib ‘bijak’ tak usah tanya peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…

KLIK BACA: Bellew letak jawatan kerana campur tangan Najib dalam urusan MAS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib satu-satunya PM jual tanahhak milik kekal kepada negara asing, kata Mukhriz

KLIK BACA: Kuasa beli jatuh, Mahathir jelaskan bagaimana GST dapat dihapuskan!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE