Kuala Lumpur, 17 Okt – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata gelaran lanun itu asalnya diberikan oleh penjajah yang tidak suka dengan orang Bugis.

“Hanya orang yang ‘otak senget’ memanggil Bugis sebagai lanun,” katanya.

“Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Lalu penjajah melabel Bugis sebagai lanun Bugis.

“Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan Bugis. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis,” katanya di laman Facebooknya, hari ini lapor Sinar Harian.

Nik Mohamad Abduh berkata, hanya parti yang berasaskan bangsa akan menggelarkan orang lain dengan kata-kata rasis.

“Jadi tinggalkan saja. Pilih parti berasaskan Islam. Menjolok seseorang yang tidak disukai dengan gelaran atau nama keluarga, bangsa, ugama atau seumpamanya adalah salah dan terlarang. Islam menolaknya,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya pada Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia didakwa menghina kaum Bugis apabila dikatakan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘lanun Bugis’.

Nota Ana Ghoib: Nik Abduh tak faham sejarah bangsa hingga menjadi jenama – Melayu itu dinamakan melayu kerana sikap melayu mcm pokok layu.

Bugis bukan semua lanun ada pedagang dan pelayar baik . #AnaGhoib pun keturunan bugis campur arab… Kutty terkenal Chetty – Yahudi terkenal hidung bengkok penipu semua bangsa ada label…Ambil positif Mahathir mengingatkan sejarah bangsa supaya jangan ikut mcm nenek moyang buat…

Dia otak taklah senget tapi fikir ke arah sejarah meluruskan BANGSA. – Tapi yang senget penghakiman adalah Nik Abduh bila senyap Zahid sindir Kutty…betul tak?

Org agama itu sikapnya mendamaikan rugi pahala besar…sebab itu Arwah TGNA diakhir hayatnya menjadi duta damai PAS yang berubah selepas Hadi lalu diturut pula kamu….tak apa mungkin lepas HADI kamu jadi Presiden PAS boleh ubah nada.

TAPI DEMI MASA sah kamu tetap lengah dan rugi…sesuai dengan sumpah Allah…

Nota berkecuali Ana Ghoib: Mana Nik Abduh cedok maklumat kaum bugis melawan penjajah?

Aku pun kacukan dari 11 keturunan Arab, Melayu Riau, Jawa, Cina dan Bugis – justeru bagus juga ungkit-mengungkit keturunan ini bagi tujuan pelajaran, mengingatkan dan mengubah sejarah nenek moyang sebelum dan sesudah Islam dari apa yang buruk kepada yang baik.

Memang agak kasar sindiran Mahathir mungkin stress sejak berdekad dikecam musuh politik sebagai Kutty namun beliau menyambutnya dengan senyuman tanpa perlu membikin akta sakit hati yang boleh mendenda RM50K atau penjara 2 tahun.

Pun begitu ketahuilah di Malaysia gelaran lanun Bugis itu dianggap penghormatan lambang keberanian malah ada kelab sukan & rekreasi menamakan pertubuhan mereka lanun Bugis.

Kecualilah kalau kamu betul-betul lanun Bugis Selat Melaka-Makassar-Jawa atau Selat Taiwan yang masih aktif mungkin akan terasa canggung disinggung tetapi itu biasa apatah lagi sindiran dan kiasan di pihak PAS tak kurang kejinya anjing, babi, kepala taik bagai…

Tak perlu sebut apa kem Umno pula kutuk Mahathir butir demi butir nanti Ana Ghoib pula ke dalam sebab ‘mereka sangat berkuasa’ – jadi kena puji melangit dan gunakan politik matang ala-PAS untung dunia akhirat belum tentu.

*Untuk makluman Selat Taiwan banyak ikan dan tempat kapal orang kaya Jolok Cina Tembam dilabuhkan kadang-kadang dikesan berlayar ke Gold-Coast bukan Morib tapi Australia.

Akhirul kalam – kalian umat Melayu jauhilah syirik manusia [tersembunyi] dengan sebabnya kalian berbalah.

Firman Allah: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): “Sembahlah kamu akan Allah!” Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak yang berbalah. – (An-Naml 27:45)

Penutupnya takutlah akan Allah ar-Raqib: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai.

Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. – (An-Nisaa’ 4:1)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s – Aku demam….

KLIK BACA: Sayangnya kenapa Zahid sindir Mahathir – PAS tak berbunyi Nik Abduh?

KLIK BACA: Tahan Mahathir di bawah Akta Hasutan, gesa seorang AJK PAS Pusat

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan

KLIK BACA: Jamal kongsi belanja RM5K sehari beri makan percuma kepada 3 ribu orang selama 3 tahun.

KLIK BACA: Orang Jepun bunuh diri dituduh rasuah, orang kita tersenyum – Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak faham bahasa sindiran, agaknya duit rakyat dengan duit sendiri pun tak tahu beza?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE