Shah Alam, 17 Okt – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin memohon maaf terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akur dengan pelucutan tauliahnya oleh baginda semalam.

Zamihan dalam kenyataan hari ini berkata sebagai rakyat biasa, beliau menghormati keputusan diambil Sultan Sharafuddin sebagai waliyyul amri ataupun seorang pemerintah.

“Saya sekali lagi merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan, sekiranya terguris hati dengan tutur kata saya ketika menyampaikan ceramah agama. Sesungguhnya saya selaku rakyat biasa tiada niat untuk menghina institusi diraja melainkan hanya tanggungjawab menyebarkan syiar Islam,” katanya.

Semalam Sultan Sharafuddin berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik tauliah mengajar Zamihan serta membatalkan keanggotaannya dalam Jawatankuasa Tauliah negeri itu.

Zamihan bagaimanapun berkata beliau akan terus berkhidmat dengan cara dan di tempat yang sesuai.

“Sesungguhnya perjuangan ataupun dakwah Islam tidak pernah terhenti,” katanya.

Beliau juga menyeru semua pihak menghentikan adu domba dan sikap ingin melaga-lagakan sesama umat Islam, sebaliknya memberi fokus kepada menolak ancaman dan tipu daya golongan yang benci kepada agama Islam dan umat Islam yang sememangnya suka melihat umat Islam bercakaran dan berpecah sesama sendiri.

Zamihan yang juga merupakan pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebelum ini ditahan reman 2 hari bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman dan mengkritik institusi diraja. – Bernama

KLIK BACA: Tahan Mahathir di bawah Akta Hasutan, gesa seorang AJK PAS Pusat

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan

KLIK BACA: Jamal kongsi belanja RM5K sehari beri makan percuma kepada 3 ribu orang selama 3 tahun.

KLIK BACA: Orang Jepun bunuh diri dituduh rasuah, orang kita tersenyum – Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak faham bahasa sindiran, agaknya duit rakyat dengan duit sendiri pun tak tahu beza?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE