oleh Beruang Biru | MyKMU

Perbuatan biadab Pengerusi PPBM, Mahathir menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berketurunan Bugis adalah biadap dan keterlaluan.

Mahathir berkata “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Mahathir mengeluarkan kenyataan itu, ketika berucap dalam perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi anjuran pembangkang di Padang Timur MBPJ, pada hari Sabtu lepas.

Mahathir sudah melakukan perbuatan paling teruk dalam sejarah politik beliau apabila kini sudah mengutuk dan mengejek keturunan seseorang apatah lagi keturunan seorang Perdana Menteri. Tindakan Mahathir ini dilihat cukup rasis sekali.

Mahathir yang selalu mudah lupa kena tahu bahawa keturunan Bugis merupakan golongan terawal yang berada di Tanah Melayu dalam sejarahnya. Bekas Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Datuk Osman Jamal berkata kenyataan yang dibuat oleh Mahathir amat mengecewakan dan menyinggung ramai pihak.

Datuk Osman Jamal yang sudah 31 tahun menerajui persatuan itu berkata, jika tiada permohonan maaf terbuka dibuat oleh Mahathir, maka pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

“Malah, tindakan menghina bangsa seorang pemimpin tidak harus dilakukan demi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika beliau enggan memohon maaf, maka segala rasa hormat kami kepada beliau sudah tiada,” katanya dalam laporan Berita Harian.

Mahathir mesti memohon maaf segera atas kenyataannya yang menghina keturunan Bugis. Penghinaan terhadap Bugis itu telah mengguris hati rakyat Malaysia yang berasal dari Bugis.

Mahukah Mahathir minta maaf secara terbuka dan tarik balik kenyataanya itu? Rakyat jangan beri peluang lagi kepada Kerala ini dalam pilihan raya akan datang. Satu undi wajib diberi pada Barisan Nasional sebagai balasan geng Kerala.

Sumber MyKMU: Beruang Biru | BB620, Selasa – 17 Oktober 2017

Nota berkecuali Ana Ghoib: Aku pun kacukan dari 11 keturunan Arab, Melayu Riau, Jawa, Cina dan Bugis – justeru bagus juga ungkit-mengungkit keturunan ini bagi tujuan pelajaran, mengingatkan dan mengubah sejarah nenek moyang sebelum dan sesudah Islam dari apa yang buruk kepada yang baik.

Memang agak kasar sindiran Mahathir mungkin stress sejak berdekad dikecam musuh politik sebagai Kutty namun beliau menyambutnya dengan senyuman tanpa perlu membikin akta sakit hati yang boleh mendenda RM50K atau penjara 2 tahun.

Pun begitu ketahuilah di Malaysia gelaran lanun Bugis itu dianggap penghormatan lambang keberanian malah ada kelab sukan & rekreasi menamakan pertubuhan mereka lanun Bugis.

Kecualilah kalau kamu betul-betul lanun Bugis Selat Melaka-Makassar-Jawa atau Selat Taiwan yang masih aktif mungkin akan terasa canggung disinggung tetapi itu biasa apatah lagi sindiran dan kiasan di pihak PAS tak kurang kejinya anjing, babi, kepala taik bagai…

Tak perlu sebut apa kem Umno pula kutuk Mahathir butir demi butir nanti Ana Ghoib pula ke dalam sebab ‘mereka sangat berkuasa’ – jadi kena puji melangit dan gunakan politik matang ala-PAS untung dunia akhirat belum tentu.

*Untuk makluman Selat Taiwan banyak ikan dan tempat kapal orang kaya Jolok Cina Tembam dilabuhkan kadang-kadang dikesan berlayar ke Gold-Coast bukan Morib tapi Australia.

Akhirul kalam – kalian umat Melayu jauhilah syirik manusia [tersembunyi] dengan sebabnya kalian berbalah.

Firman Allah: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): “Sembahlah kamu akan Allah!” Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak yang berbalah. – (An-Naml 27:45)

Penutupnya takutlah akan Allah ar-Raqib: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai.

Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. – (An-Nisaa’ 4:1)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s – Aku demam….

KLIK BACA: Nik Abduh sindir Mahathir hanya orang ‘otak senget’ gelar Bugis lanun?

KLIK BACA: Tauliah ditarik, Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor

KLIK BACA: Tahan Mahathir di bawah Akta Hasutan, gesa seorang AJK PAS Pusat

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan

KLIK BACA: Orang Jepun bunuh diri dituduh rasuah, orang kita tersenyum – Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak faham bahasa sindiran, agaknya duit rakyat dengan duit sendiri pun tak tahu beza?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE