Beberapa hari lalu, media digembar-gemburkan dengan dakwaan Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mempunyai hubungan sulit bersama isteri orang di sebuah pulau peranginan di Indonesia.Video tersebut juga mendakwa keduanya memasuki resort sama dua hari kemudian.

Menerusi kenyataan di Facebook semalam, wanita berkenaan tampil menjelaskan kedudukannya berhubung skandal yang didakwa menjadi punca penceraian beliau dan bekas suaminya.

Katanya, beliau sudah tergerak hati untuk tampil memberi penjelasan namun memikirkan isu tersebut bakal menjadi lebih buruk, memaksa beliau berundur daripada berbuat demikian.

“Cukuplah saya dan bekas suami serta ibu dan bapa sahaja yang tahu apakah punca saya memfailkan permohonan cerai di mahkamah. Biarlah seluruh dunia menuding jari kepada saya, namun untuk saya tampil ke hadapan membuat pendedahan tidak sama sekali kerana ia akan hanya memburukkan keadaan dan melukakan hati lebih banyak pihak.

“Perkara ini telah pun selesai dan demi masa depan anak-anak, saya perlu teruskan kehidupan seperti biasa. Bekerja dan menjaga anak-anak sebaik yang termampu,” ujarnya.

Ujarnya, sepertimana insan lain didunia, beliau juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan namun menafikan menjalin hubungan bersama Ketua Pengarah SPRM berkenaan.

“Secara peribadi, saya amat berharap agar Tan Sri tidak akan mengalah walau selangkah pun jua kerana saya yakin hanya insan seperti beliau yang mampu mengubah nasib rakyat dan negara ini.

“Teruskan usaha untuk membanteras rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia. Jangan takut, jangan gentar! This country needs you, Tan Sri! Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati perjuangan SPRM,” ujar wanita tersebut menamatkan penjelasannya.

Bagi penganalisis politik Raja Petra Kamaruddin, beliau melihat tuduhan skandal tidak bermoral melibatkan Dzulkifli timbul gara-gara pembangkang tidak senang duduk dengan tindakan SPRM semakin tangkas memburu ‘ikan besar’ dalam dunia rasuah negara.

Jelasnya, modus operandi memalitkan Dzulkfli dengan skandal seks, lebih-lebih lagi bersama isteri orang adalah cara bagi melemahkan semangat beliau, namun strategi berkenaan tidak berkesan.

“Anwar Ibrahim, Mustafa Ali, Mat Sabu, Muhyiddin Yassin, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Zairil Khir Johari, Dyana Sofya Mohd Daud dan ramai lagi juga dikaitakan dengan skandal seks, dan hari ini pemimpin politik itu melihat karier politik mereka tidak kemana-mana,” katanya dipetik Malaysia Today.

Tambahnya, gambar digunakan untuk mengugut Dzulkifli telah disunting oleh penyunting profesional – kaedah sama digunakan Sarawak Report dalam memalsukan bukti berhubung kes bekas pegawai PetroSaudi, Xavier Andre Justo – yang menjadi bahan politik pembangkang sejak sekian lama.

Raja Petra mendakwa, Dzulkifli pastinya melakukan kerja terbaik dalam membanteras rasuah secara besar-besaran sehingga ‘cyber-trooper’ pembangkang berkempen berhabis-habisan mengedarkan gambar dan video palsu untuk memburukkannya.- MalaysiaDigest

Nota Ana Ghoib: Raja Petra berkhayal membuat tuduhan mencetus persepsi politik yang menguntungkan namun setidak-tidaknya Jho Low ada prinsip iaitu berdiam diri menikmati hidup tanpa bersusah payah berangan putar belit.

Penulis dari sumber terdekat tahu rentetan skandal ini dari awal – percayalah ia terdedah bukan sebab konspirasi pembangkang seperti dikhayalkan RPK.

Oleh kerana ia melibatkan isu peribadi, kerjaya dan maruah keluarga [bukan masalah negara] maka penulis tahan diri menjaja kisah mereka atas alasan apa sekali pun.

Jauh sekali mahu menjadi macai gila binatang politik tanpa hati perut menyebar gambar atau rekod perbualan peribadi yang senang-senang dipolitikkan [samada sahih atau tidak] – kecualilah rekod transaksi kewangan yang diseleweng ke serata dunia hingga terbukti di depan mata bukan mimpi menjadi hutang mega negara!

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

DIKEMASKINI: Penjelasan KP SPRM Dzulkifli dakwaan skandal isteri orang

KLIK BACA: Nik Abduh sindir Mahathir hanya orang ‘otak senget’ gelar Bugis lanun?

KLIK BACA: Tauliah ditarik, Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor

KLIK BACA: MYKMU tuntut Mahathir minta maaf hina Najib Bugis

KLIK BACA: Orang Jepun bunuh diri dituduh rasuah, orang kita tersenyum – Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak faham bahasa sindiran, agaknya duit rakyat dengan duit sendiri pun tak tahu beza?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE