Kuala Lumpur, 12 Okt –  Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menegaskan tidak akan memohon permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menjual ikan di himpunan “Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” Sabtu ini.

Menurut laporan FMT, Jamal juga mempersoalkan tindakan MPBJ memintanya memohon permit kerana beliau mahu berniaga untuk beberapa jam sahaja di tunjuk perasaan anjuran Pakatan Harapan (PH).

“Jualan ikan harga patut ini saya sudah buat banyak kali. Tidak ada masalah pun. Salah ke nak jual ikan untuk bantu orang ramai dapatkan harga ikan RM5 sekilo?

“Kenapa nak permit, saya bukan bekerja tetap di sana. Saya hanya meniaga ambil masa 2 atau 3 jam sahaja,” katanya lagi.

Jamal berkata demikian selepas Datuk Bandar Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata penguatkuasa akan menghalau beliau sekiranya meniaga tanpa permit di himpunan itu nanti.

Advertisements

“Penguatkuasa kita akan halau dia keluar. Kalau nak niaga ikut suka tak boleh. Kita ada peraturan,” katanya.

Jamal berkata sepatutnya MBPJ perlu bimbang dengan himpunan PH yang tidak mendapat permit polis.

“Kenapa nak bimbang saya jual ikan. Sepatutnya perhimpunan haram di padang itu yang dihalang.

“Setakat hari ini pendirian sama: tak melihat salahnya jual ikan. Sudah pasti akan teruskan niat murni untuk masyarakat,” katanya.

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

DIKEMASKINI: Zamihan direman 2 hari berdepan hukuman maksimum, denda RM5,000 atau penjara 5 tahun.

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share