Kota Marudu, 12 Okt — Seorang lelaki menembak sepupunya yang disangka kijang ketika berburu di hutan tidak jauh dari rumahnya.

Mangsa, Andreas Labin, 22, maut di hutan Kampung Langkabungan 2 di sini akibat terkena lima tembakan di dada, leher dan muka, sekitar jam 11 pagi semalam.

Menurut Ketua polis daerah Kota Marudu, ACP Mohd Izaan Abdullah, suspek mendakwa nampak kelibat kijang di semak pada jarak 90 meter sebelum melepaskan tembakan ketika berburu kira-kira 700 meter dari rumahnya.

“Namun apabila dia sampai di lokasi berkenaan, suspek terkejut apabila mendapati sepupunya sendiri terlentang dengan beberapa kesan tembakan,” katanya lapor MyMetro.

Suspek, 25, kemudian membuat laporan di balai polis Kota Marudu, sebelum ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Advertisements

Polis turut merampas senjata buatan sendiri, bakakuk dan sebutir kelongsong peluru yang digunakan dalam kejadian itu.

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

DIKEMASKINI: Zamihan direman 2 hari berdepan hukuman maksimum, denda RM5,000 atau penjara 5 tahun.

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share