Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan Zamihan Mat Zain sebagai pegawai kader mereka yang ditugaskan di Kementerian Dalam Negeri. – Foto FMT

PUTRAJAYA 12 Okt, 2017 – Ketua pengarahnya Tan Sri Datuk Othman Mustapha mengesahkan perkara itu dalam kenyataan media semalam, selepas kontroversi Zamihan mengkritik sultan Johor.

“Jakim memandang serius terhadap ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di penjara Kajang,” katanya.

Malaysiakini melaporkan semakannya di laman web Jakim mendedahkan Zamihan menyandang jawatan “pegawai hal ehwal Islam”.

Zamihan semalam di dalam kenyataan medianya berkata beliau sudah 13 tahun tidak berkhidmat dengan Jakim.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa beliau hanya berkhidmat untuk Jakim sehingga Julai 2006, ke Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) sehingga 2012 dan ke KDN sehingga 2016.

“Di mana saya (kerja) sekarang rahsia,” katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Othman juga mendedahkan Jakim telah memanggil Zamihan pagi semalam untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Jakim telah memutuskan untuk merujuk perkara ini kepada lembaga tatatertib untuk tindakan lanjut,” katanya.

Free Malaysia Today kelmarin melaporkan Zamihan mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana membidas sebuah kedai dobi di negeri itu yang tidak menerima pelanggan bukan Islam.

Dalam penjelasannya, Zamihan berkata tidak menyebut nama sultan Johor tetapi sedia mengadap dan memohon maaf jika baginda terasa hati.

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

DIKEMASKINI: Zamihan direman 2 hari berdepan hukuman maksimum, denda RM5,000 atau penjara 5 tahun.

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE