Kuala Lumpur, 12 Okt – Lim Kit Siang mempersoalkan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya terhadap teguran Majlis Raja-raja Melayu berhubung isu keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Ketua Parlimen DAP, Kit Siang berkata, pelbagai pihak telah memuji dan menyokong kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-Raja Melayu itu yang dilihat bertepatan dengan suasana semasa yang semakin menuju ke arah ekstremisme dan berfikiran sempit.

“Nampaknya Kabinet bukan sahaja telah lupa akan prinsip pembangunan negara yang termaktub dalam Perlembagaan, mereka juga lupa terhadap prinsip Rukunegara seperti yang dinyatakan dalam kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu itu,” katanya.

Menurut kenyataan yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad itu, Raja-Raja Melayu percaya bahawa perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama adalah komponen utama dalam memastikan kestabilan negara.

“Setelah 60 tahun mencapai kemerdekaan, amatlah penting untuk rakyat terus mengamalkan nilai-nilai bermasyarakat dan bernegara berpandukan prinsip-prinsip yang termaktub di dalam Perlembagaan serta didukung oleh semangat yang terkandung di dalam Rukun Negara,” kata kenyataan itu, semalam lapor RoketKini.

Advertisements

Tindakan sesetengah individu yang disifatkan sebagai keterlaluan sehingga dibimbangi boleh “menjejaskan keharmonian hubungan antara rakyat pelbagai agama dan kaum”.

“Raja-Raja berpendirian bahawa isu keharmonian membawa implikasi yang lebih mendalam sekiranya sesuatu tindakan itu bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.

“Imej Islam sebagai agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleran, sederhana dan inklusif wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat,” kata kenyataan itu lagi.

Kit Siang berkata, Najib sebenarnya telah gagal dalam usaha mempromosikan dasar kesederhanaan yang dipeloporinya menerusi Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berikutan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-Raja Melayu itu.

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

DIKEMASKINI: Zamihan direman 2 hari berdepan hukuman maksimum, denda RM5,000 atau penjara 5 tahun.

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share