oleh Shahbudin Husin | 12 OKtober, 2017

Mahkamah Tinggi semalam mengarahkan Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan tujuh yang lain untuk memfailkan pembelaan berhubung saman yang difailkan oleh balu penyiasat, P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Hakim Hue Siew Kheng menolak semua permohonan mereka yang mahu saman itu dibatalkan tanpa perlu memfailkan pembelaan.

Sehubungan itu, kesemua mereka diberi tempoh 14 hari untuk memfailkan pembelaan tersebut.

Walaupun pemfailan pembelaan itu hanya untuk menolak saman yang dikemukakan oleh balu P. Bala yang bertujuan menuntut gantirugi atas kematian suaminya, tetapi setidak-tidaknya ini membuka satu lagi ruang kepada perbicaraan yang mungkin akan mendedahkan banyak perkara berhubung misteri pembunuhan Altantuya.

Advertisements

Jika pembelaan yang difailkan itu ditolak, bermakna tuntutan gantirugi oleh balu P. Bala akan dibicarakan di mahkamah nanti. Tentunya banyak saksi akan dipanggil, keterangan bakal didengar dan pelbagai perkara akan terdedah di mahkamah.

Tetapi, sekiranya pembelaan yang difailkan Najib, Rosmah dan tujuh yang lain itu diterima oleh mahkamah nanti, bermakna saman akan ditolak dan tiada perbicaraan akan berlangsung.

Apakah yang akan berlaku agaknya?

Pembelaan yang difailkan akan ditolak dan perbicaraan berlangsung seperti yang diharap dan ditunggu-tunggu oleh banyak pihak atau ia akan ditolak dan tiada perbicaraan akan berlaku?

Apakah ini menandakan satu lagi bala bakal menunggu Najib menjelang PRU 14 akan datang atau ia sekadar acah-acah saja? – Source ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili MalaysiaStyloNews.

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share