Santamil Selvi menyaman Najib, Rosmah dan dua adiknya dengan mendakwa mereka rugi dan hilang pendapatan susulan hidup dalam buangan antara 2008 hingga awal 2013. – Foto FMT

KUALA LUMPUR 11 Okt, 2017 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tujuh yang lain untuk memfailkan pembelaan mereka berhubung saman yang difailkan oleh balu penyiasat persendiran (PI) P Balasubramaniam.

Saman itu difailkan oleh A Santamil Selvi dan anak-anaknya. Santamil adalah balu Balasubramaniam, yang terbabit dalam kes warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dijumpai mati akibat diletupkan.

Keluarga Balasubramaniam mendakwa mereka rugi dan hilang pendapatan susulan hidup dalam buangan antara 2008 hingga awal 2013.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng memberi mereka, termasuk dua adik Najib dan peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham serta ahli perniagaan Deepak Jaikishian selama 14 hari bermula hari ini untuk berbuat demikian.

Advertisements

Hakim Hue hari ini menolak semua permohonan mereka yang mahu saman itu dibatalkan tanpa perlu mereka memfailkan pembelaan.

Ini adalah kali pertama Najib dikehendaki memfailkan pembelaannya apabila saman difailkan terhadapnya.

Hakim Hue, ketika menolak permohonan itu berkata, tidak ada keadaan khusus yang dikemukakan oleh defendan untuk mahkamah membenarkannya.

Selain itu, beliau berkata plaintif juga berhujah bahawa hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan untuk mendapatkan keadilan telah disekat.

“Membenarkan penangguhan akan menghalang Santamil dan anak-anaknya melaksanakan hak asasi mereka,” katanya dalam keputusan di kamar.

Santamil memfailkan saman itu dan mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara pada 2008 selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun berkaitan Altantuya Shaaribuu.

Santamil Selvi dan tiga anaknya diwakili oleh peguam Datuk Gopal Sri Ram, Americk Singh Sidhu dan Syed Iskandar Syed Jaafar.

KLIK BACANajib dan Zahid diarah mahakamah fail pembelaan saman berkaitan derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Cubaan melemahkan Mahathir tak menjadi, Umno gagal pasarkan Najib sebagai produk berguna, baik dan bermanfaat

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share