SURABAYA 11 Okt, 2017 – Mohd. M. Badrun ditahan oleh pihak polis kerana menjadikan anak kandungnya yang berusia sembilan tahun sebagai hamba seks hampir 12 bulan, namun kemusnahan yang dilakukan kepada jiwa dan fizikal gadis kecil itu tidak terampun.

Turut dilaporkan portal Tribun Surabaya, gadis itu dirogol sehingga menjadi gila dan kemaluannya hampir musnah.

Kejadian yang berlaku di Surabaya, Indonesia itu diketahui apabila si ibu mangsa mendapati kemaluan anaknya itu bengkak dan mengeluarkan nanah.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital oleh ibunya bagi membuat pemeriksaan lanjut kemudian terus ke balai polis untuk membuat laporan.

Mangsa telah mengalami trauma yang melampau dan disahkan menghidap penyakit mental yang serius.

Advertisements

Kanak-kanak itu berada dalam keadaan paling kritikal akibat trauma yang melampau sehinggakan dia tidak dapat bercakap dengan betul.

Komisioner Polis Surabaya, Lily Djafar melaporkan bahawa suspek telah ditahan pada bulan lalu namun tidak berasa menyesal atas perbuatan merogol anak kandungnya itu.

“Sejak tiga bulan terakhir ini, mangsa telah dirogol sebanyak 60 kali termasuk dipaksa melakukan hubungan luar tabii sehingga membuatkan kanak-kanak itu demam selama dua hari.”

Suspek mendakwa bahawa dia melakukan perbuatan terkutuk itu apabila isterinya keluar bekerja di sebuah kedai runcit.

Mangsa diugut akan dipukul dan dihalau keluar dari rumah jika dia memberitahu hal terkutuk itu kepada orang lain.

Suspek merupakan bapa mangsa, Badrun bakal dikenakan hukuman di bawah akta 81 UU No.35 yang bakal dihukum penjara selama 20 tahun jika disabitkan kesalahan. – Agensi

KLIK BACA: Zamihan mohon ampun dari Sultan Johor, ugut saman portal berita

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: Orang Jerman terima sejuta pelarian Islam tapi mereka minum arak – Dr Mahathir

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share