Kuala Lumpur, 11 Okt – Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin ditahan petang tadi dalam siasatan polis ke atas kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor.

Zamihan ditahan 3.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan tahanan reman.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis akan menyiasat Zamihan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan, susulan laporan yang dibuat mengenai kenyataannya itu.

Sebelum ini, Zamihan dakwa mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang membidas tindakan sebuah kedai dobi di Muar yang tidak menerima pelanggan bukan Islam.

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” katanya.

KLIK BACA: Zamihan mohon ampun dari Sultan Johor, ugut saman portal berita

KLIK BACA: Kerajaan Umno tidak bersedia berterus terang dengan rakyat bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik. – Datuk Kadir Jasin

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

KLIK BACA: Orang Jerman terima sejuta pelarian Islam tapi mereka minum arak – Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenali Dzulkifli SPRM dan orang-orangnya yang serbu pejabat hingga ke rumah

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE