Kuala Lumpur, 11 Okt –  Zamihan Mat Zin hari ini menyerang beberapa media sambil mendakwa difitnah, pada masa sama memohon ampun daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau  bertindak menyerang media selepas kuliah agama pegawai Jakim mengkritik pendirian Sultan Johor mengenai dobi “mesra Islam” menjadi viral.

Menurutnya, kenyataan beliau atas kapasitinya sebagai presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) dan bukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sambil menambah beliau tidak menggunakan perkataan “kasar” terhadap Sultan Johor.

“Bagaimanapun saya merafak sembah memohon kemaafan seandainya DYMM Tuanku Sultan Johor terasa hati dengan salah faham yang timbul: Ampun Tuanku.

“Saya juga bersedia mengadap Tuanku Sultan bila-bila masa saja dari sekarang jika diperkenankan DYMM Tuanku untuk memperjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf secara berdepan dari hati ke hati,” kata Zamihan dalam kenyataannya hari ini.

Beliau juga sedia disiasat susulan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam.

“Saya sedia untuk disiasat atas falsafah berani kerana benar dan takut kerana Allah.”

Zamihan dalam kuliahnya berkata kenyataan Sultan itu “tidak patut”, dan mempertahankan dasar kedai dobi itu kerana pakaian orang bukan Islam masih tidak cukup bersih, malah menganggap orang bukan Islam tidak membersihkan diri selepas membuang air besar.

Kenyataan Zamihan itu mengundang kecaman beberapa pihak, termasuk bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mencabar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana menghina raja.

Zamihan kemudian mengugut menyaman beberapa portal berita serta menyerang FMT kerana mempunyai agenda “merosakkan hubungan antara kaum” dan memburukkan imej beliau.

“Ini bukanlah kali pertama FMT dan sekutunya mengeluarkan artikel yang cuba membunuh karekter saya,” katanya, yang turut mengecam portal Malay Mail Online kerana menerbitkan gambarnya “dalam keadaan menjelir lidah”.

Menurutnya, FMT “bersikap anti Islam, memusuhi agensi agama Islam, khasnya Jakim dan dilihat tidak pernah mahu menghormati hak dan sensitiviti Muslim di negara ini”.

Nota Ana Ghoib: Rasulullah SAW bersabda; “Perumpamaan orang yang menegakkan hukum-hukum Allah dan yang melanggarnya, adalah umpama sebuah kaum yang menaiki kapal.

Sebagian berada di atas dan sebagian berada di bawah.

Sehingga orang- orang yang berada di bawah, jika ingin menimba air harus melewati orang-orang yang di atas, (merasa kelelahan dan putus asa).

Orang-orang yang berada di bawah kemudian mengomel: “Bagaimana sekiranya kita melubangi kapal ini saja, dan kita tak mengganggu lagi orang di atas kita.

Sehingga, jika orang-orang di atas membiarkan tindakan gegabah [keputusan tanpa berfikir panjang kesannya] ini, nescaya semua penumpang tenggelam. Namun jika mereka tegas mencegahnya, semua akan selamat.” – (HR. Bukhari dan Tirmidzi)

Zamihan boleh kritik perkara yang benar ini terutama bab taharah tetapi jangan pergi terlalu detail kerana ia melibatkan hal personal kaum lain hingga menimbulkan rasa gelisah tidak cermat lagi sopan.

Umpama wanita meminta nasihat soal haid nifas boleh saja jawab detail pada khalayaknya yg sesuai. – itu batasnya…di Msia ada batas kaum..

Benar Rasulullah boleh ditanya apa sahaja tidak malu berkata benar tetapi baginda menjaga juga ayat baginda dalam banyak hal untuk menjawab sindiran dan kutukan baginda membenarkan syair Hassan Tsabit bagi memberi pengajaran kepada kaum musyrik tanpa menggunakan kekerasan ayat.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: KDN siasat pendakwah Zamihan Mat Zain kerana didakwa menghina Sultan Johor.

KLIK BACA: Orang Jerman terima sejuta pelarian Islam tapi mereka minum arak – Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Kantoi MB Selangor Azmin arah berhenti roboh rumah bekas AJK Masjid tapi pegawai berkeras?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE