Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno kini langsung tidak boleh disamakan dengan saat mereka memperjuangkan kemerdekaan negara dahulu. – Foto FMT

PUTRAJAYA 5 Okt, 2017: Tun Mahathir  ketika diminta mengulas penganjuran pertandingan menghias bilik darjah oleh sebuah sekolah rendah di Putrajaya 3 Oktober lalu, dengan tema “Umno dan Kemerdekaan” berkata:

“Memang Umno berjuang untuk mencapai kemerdekaan tetapi di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, bukan di bawah pimpinan penyangak.

“Pemimpin penyangak kalau macam ada dalam Umno tak mungkin dapat kemerdekaan, nasib baiklah kita pada masa itu dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi laman Facebok parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

Ketika pertandingan itu, bilik darjah dan dewan sekolah dihiasi dengan bendera Umno, manakala murid juga dilihat mengibarkan bendera Umno ketika persembahan.

Di sebalik kecaman kerana ia dilihat cuba membawa masuk politik ke sekolah, Pemuda Umno Putrajaya dan Pemuda BN Wilayah mempertahankan pertandingan itu dan menyatakan ia hanyalah penghayatan kepada fakta sejarah.

Bagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir perbuatan itu tidak lebih sekadar tindakan sebuah parti yang terdesak.

“Kerajaan dan Umno sudah terdesak, tak tahu nak buat apa sampai budak-budak pun nak dikotorkan pemikiran mereka.

“Jadi nak pengaruhi anak-anak kita, mereka bukan bodoh. Kalau dipaksa mereka menyanyilah, tetapi mereka tak percaya pada Umno sekarang,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Mahathir menyifatkan hanya kerajaan diktator yang sanggup mengarahkan pelajar menaikkan bendera dan menyanyikan lagu pemerintah.

Ia sudah menjadi amalan negara sebegitu untuk menanamkan perasaan kagum melampau kepada pemimpin walaupun pemimpin itu tidak layak mendapat penghormatan sedemikian, katanya.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Sebenarnya!, bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat. – (Al-Muddaththir 74:53)

Firman Allah: Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). – (Al-Hajj 22:45)

Kepada Ana Ghoib adalah bahaya pemimpin berkuasa kaya dikelilingi pengampu kerana pengampu dapat banyak rakyat yang selayaknya tidak dapat apa selain sisa-sisa.

Berikut hadis nasihat peringatan dan amaran yang disertakan Ibnu Katsir dalam tafsir surah Muhammad ayat 7 hingga 9 di mana Rasulullah SAW bersabda: –

*Barang siapa yang menyampaikan kepada sultan (penguasa) keperluan orang yang tidak mampu menyampaikannya, maka Allah akan meneguhkan kedua telapak kakinya di atas sirat kelak pada hari kiamat. [Ulasan penyusun: Tidakkah insan suka Allah menetapkan kaki mereka kerana menyuarakan kebenaran, keadilan dari isu Scorpene, 1MDB, GST, Royalti Minyak, Subsidi, RUU355?]

*Celakalah pengabdi dinar, celakalah pengabdi dirham, celakalah pengabdi kebendaan, sungguh celaka dan binasalah dia; dan apabila diberi sakit, semoga Allah tidak menyembuhkannya. [Ulasan penyusun: Tidakkah manusia gerun akan celaan Nabi Muhammad ini beserta doa baginda kepada manusia yang bertuhankan nafsu materialistik?]

Risalah lanjut dari firman Allah:  Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. – (Al-Maaidah 5:74)

Firman Allah: Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. – (A-li ‘Imraan 28)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…ketika kau lihat Ulama melutut dipintu penguasa, eloklah engkau jadi orang tak dikenal – Makul

KLIK BACA: Dr Mahathir ulas kepercayaan Melayu Umno kalah DAP perintah Malaysia

KLIK BACA: Adakah setia PAS kepada pemimpin mengatasi setia kepada Allah, Rasul dan Al-Quran? – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib bukan penjawat awam, berjaya ketepi saman Tun Mahathir kes 1MDB

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACABertambah pening bila Shahbudin ulas isu takut isteri atau suami

KLIK BACA: Saya tidak pernah guna sekolah untuk puji pemimpin itu cara diktator, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid beritahu pemimpin PAS rakyat meluat orang pura-pura warak tetapi kebendaan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE