Kes saman Zaid Ibrahim mewakili rakyat Malaysia [class action] terhadap Najib Razak berkaitan skandal 1MDB. – Foto The Malaysian Times

KUALA LUMPUR 15 Sept, 2017 – Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim tidak mempunyai hak untuk mendapatkan butiran empat akaun AmBank Islamic yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Najib melalui peguamnya memetik Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Ifsa) dalam permohonannya untuk membatalkan permohonan Zaid mendapatkan butiran mengenai empat akaun bank yang didedahkan, yang kesemuanya dikatakan dimiliki perdana menteri.

Permohonan yang difailkan pada 8 September dibawa ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nurul Ain Hamzah

Pada 13 September tahun lepas, Zaid memohon perintah mahkamah untuk memaksa AmBank memberi maklumat berkaitan lima akaun bank, di bawah Akta Buku Banker (Keterangan) 1949 (BBEA).

Bagaimanapun, AmBank menjawab bahawa ia hanya mempunyai rekod empat daripada lima akaun tersebut lapor Malaysiakini.

DIKEMASKINI: Mahkamah akan putuskan permohonan Najib mencelah [halang] saman Zaid pada 23 Nov ini…

KLIK BACA: Zaid beritahu pemimpin PAS rakyat meluat orang pura-pura warak tetapi kebendaan

KLIK BACA: Sastera Nik Abduh mempersona tetapi nil kebenaran, sifar keadilan

KLIK BACA: Tunku Abdul Rahman sahaja tak mahu anaknya jadi Perdana Menteri – Zam

KLIK BACA: Setelah masuk Umno, Mat Taib kritik Azmin tak jaga Melayu, BERSATU kuat nafsu

KLIK BACA: Orang melayu jangan bunuh “angsa bertelur emas” Umno – Mat Taib

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat. – Liew Chin Tong

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE