Datuk Zaid Ibrahim berkata semua pemimpin PAS bakal hilang deposit mereka sekiranya menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat mual melihat telatah golongan yang mengaku warak tetapi sebenarnya bersifat kebendaaan.

“Pengundi benci akan ‘orang warak’ yang menunjuk-nunjuk harta dan berlagak seperti pemimpin Umno,”

“Rakyat akan menolak mereka yang berpura-pura berjuang demi Islam, tetapi sebenarnya hanya gemar membuat duit. Mereka ini akan dihukum.” kata bekas menteri yang kini bersama DAP itu dalam penulisan terbaharu di blognya.

Zaid berkata beliau tidak percaya dengan kenyataan berkali-kali pemimpin PAS yang menafikan pernah menerima sumbangan kewangan daripada Umno.

Menurutnya, sekiranya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak boleh memberikan dana kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga Umno bahagian, beliau juga boleh menyumbang kepada PAS sebagai membalas segala sokongan yang ditunjukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zaid merujuk kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan ketika berucap di perhimpunan dianjurkan parti itu di Kuala Nerus, Terengganu hujung minggu lalu yang menafikan dakwaan PAS menerima dana daripada Najib bagi menganjurkan aktivitinya.

“Ini pemimpin PAS yang sama yang pernah berkata jangan jadikan hubungan PAS dan Umno sebagai isu kerana kedua-dua parti melakukan kerja Tuhan. Kalau benar, mengapa marah apabila berdepan tuduhan mereka berkongsi tabung sama?” soal Zaid.

Zaid berkata sehingga kini, PAS masih belum mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwa parti itu menerima wang Umno.

Beliau memberi contoh tuduhan pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa yang masih belum disusuli dengan tindakan saman.

Zaid berkata dakwaan PAS berjuang demi Islam adalah sesuatu yang akan dibongkar oleh pengundi pada pilihan raya akan datang.

“Tidak cukup mengatakan anda berjuang untuk Islam. Kamu tahu anda dikelilingi ular, lebih-lebih lagi apabila bunyi desis semakin kuat,” katanya. – Sumber ihsan Free Malaysia Today.

Risalah Ana Ghoib Thoha Putrajaya – Hingga perang tiada lagi… Ala lillahi dinul khalis

Berikut hadis nasihat peringatan dan amaran yang disertakan Ibnu Katsir dalam tafsir surah Muhammad ayat 7 hingga 9 di mana Rasulullah SAW bersabda: –

*Barang siapa yang menyampaikan kepada sultan (penguasa) keperluan orang yang tidak mampu menyampaikannya, maka Allah akan meneguhkan kedua telapak kakinya di atas sirat kelak pada hari kiamat.

*Celakalah pengabdi dinar, celakalah pengabdi dirham, celakalah pengabdi kebendaan, sungguh celaka dan binasalah dia; dan apabila diberi sakit, semoga Allah tidak menyembuhkannya.

Kepada Ana Ghoib adalah bahaya pemimpin berkuasa kaya dikelilingi pengampu kerana pengampu dapat banyak rakyat yang selayaknya tidak dapat apa selain sisa biasa.

Firman Allah: Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. – (A-li ‘Imraan 28)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh… bila kau lihat ulama melutut di pintu penguasa, eloklah kau jadi orang yang tak dikenal – Makul

KLIK BACA: Sastera Nik Abduh mempersona tetapi nil kebenaran, sifar keadilan

KLIK BACA: Tunku Abdul Rahman sahaja tak mahu anaknya jadi Perdana Menteri – Zam

KLIK BACA: Orang kanan Putrajaya cuba sogok RM5 juta pada saya, dakwa Syed Saddiq

KLIK BACA: Setelah masuk Umno, Mat Taib kritik Azmin tak jaga Melayu, BERSATU kuat nafsu

KLIK BACA: Orang melayu jangan bunuh “angsa bertelur emas” Umno – Mat Taib

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat. – Liew Chin Tong

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE