Skim penipuan DBI Homes didakwa oleh Boy Iman terbongkar selepas sebuah laman di Facebook, PW Community menyiarkan dakwaan DBI menipu orang ramai. – Foto Malaysia Gazette

Kuala Lumpur, 2 Okt – Suasana menjadi tegang yang berlaku diluar bilik sidang media di Hotel De Palma Ampang gara-gara pemilik DBI Technology Sdn Bhd, Boy Iman tidak hadir dalam sidang media tertutup bersama pembeli rumah.

Isteri Boy Iman dilihat bertengkar dengan beberapa wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) termasuk Yusuf Azmi.

Wakil PPIM yang mahu mengikuti sidang media anjuran syarikat Boy Iman atau nama sebenarnya Datuk Norul Iman Abd Rahman dihalang.

Advertisements

DBI hari ini mengadakan sidang media tertutup dengan tajuk ‘Atas Nama Kebenaran’ untuk memberikan pencerahan terhadap kemelut melibatkan aduan orang ramai berhubung rumah mereka yang tidak siap walaupun sudah membayar puluhan ribu ringgit.

Keadaan menjadi kecoh apabila seorang akauntan DBI yang berada di luar dewan tidak membenarkan wakil PPIM masuk serta kebetulan isteri Boy Iman, Ida Anas ketika itu berada di luar dewan.

Seorang aktivis PPIM bertanya kepada Ida mengapa mereka tidak dibenarkan masuk dan mempersoalkan mengapa Boy Iman tidak hadir dalam sidang media yang sama namun isterinya membalas dan mendakwa tidak mengetahui urusan perniagaan suaminya.

“Saya tidak tahu apa-apa, saya tidak masuk campur dalam hal ini,” katanya.

Wakil PPIM membuat tuduhan dengan mengatakan Boy Iman membatalkan pertemuan Jumaat lalu kerana mahu membawa beliau pergi membeli belah.

“Awak tukar cerita kata dia (Boy Iman) tak dapat jumpa kerana nak bawa saya shopping,” dakwa Ida yang menyebabkan ketakpuashatian wakil PPIM yang hadir.

Yusuf bagaimanapun membidas Ida supaya tidak berbohong dan mempersoalkan status dalam akaun Instragramnya yang menunjukkan beliau dan Boy Iman ada membeli belah.

Isterinya kemudiaan mencabar Yusuf supaya tidak membuat kecoh sebaliknya mengemukakan laporan polis jika benar syarikat suaminya itu ada melakukan penipuan membabitkan rumah yang ditawarkan oleh DBI.

Peguam PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim menafikan mahu mencetuskan provokasi sebaliknya hanya mahu menuntut penjelasan mengenai rumah yang dibina oleh DBI itu.

“Niat kita datang hari ini tidak lain adalah untuk mencari kebenaran, kita nak bertanya. Saya jangka hari ini, saya datang hari ini dapat berjumpa dengan kontraktor dia, saya dapat jumpa dengan QS (juruukur bahan) dia dan akan beri penjelasan atau laporan ini adalah kiraan kita harga yang kita boleh buat berdasarkan bahan kita miliki.

“Sebab kita tidak faham macam mana contohnya, seorang kena bayar RM50,000, dibayar pula komisen kepada ejen jualan, harga bahan berapa kos, kos buruh berapa, margin untung berapa?

“Ini soalan kita nak tanya hari ini bukan nak buat provokasi,” kata beliau.

Hishamuddin juga menggesa supaya tindakan dan siasatan segera diambil oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa kepada skim perumahan yang indah dari khabar itu sahaja. – MalaysiaGazette

KLIK BACA: Orang kanan Putrajaya cuba sogok RM5 juta pada saya, dakwa Syed Saddiq

KLIK BACA: PKR saran SPRM pulangkan derma RM5 juta Najib

KLIK BACA: Penjenamaan Malaysia terkubur dengan berakhirnya F1

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat.

KLIK BACA: Anggota TLDM meninggal dunia dalam tahanan tinggal pesan kepada isteri

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share