Tan Sri Muhammad Taib mengkritik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali. – Foto FMT

Shah Alam 2 Okt, 2017 – Tan Sri Muhammad atau Mat Taib yang menyertai semula Umno 2 minggu lepas, berkata nasib orang Melayu secara khususnya tidak diberi perhatian penuh oleh Azmin.

“Bagaimana beliau boleh digambarkan sebagai pemimpin hebat negeri? adakah dengan hanya memberikan bas percuma,” katanya kepada wartawan, merujuk perkhidmatan bas “Selangorku” ditaja kerajaan negeri.

“Apa yang Azmin kecapi pada hari ini adalah atas apa yang pemimpin Umno Selangor lakukan. Jika bina rumah, Azmin boleh diibaratkan sebagai membina cermin sahaja,” katanya di sidang media di rumahnya lapor FMT.

Mat Taib berkata sejak pemerintahannya lagi, Selangor sudah menyumbang sepertiga keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Selangor, Pulau Pinang dan Johor memang merupakan negeri yang semenangnya menyumbangkan kepada KDNK negara, tetapi jangan gunakan perkara ini sebagai kredit untuk diri sendiri,” katanya.

Mat Taib juga menolak dakwaan beberapa pihak yang berkata sidang medianya pada 17 September asalnya mahu turut mengumumkan penyertaan beberapa Adun PKR dan PAS ke dalam Umno.

“Yang saya tahu, hanya saya yang hendak masuk balik ke dalam Umno. Saya tidak ada masuk hendak bawa sesiapa,” katanya mengenai sidang media yang turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, mengulas mengenai PPBM, Mat Taib menyifatkan ia parti yang mempunyai nafsu kuat tetapi tenaga yang lemah.

“PPBM boleh kata partinya adalah parti yang berasaskan bangsa Melayu, tetapi hakikatnya kekuatan partinya itu masih di peringkat pucuk daun, belum sampai ke peringkat akar umbi.

“Kalau hendak dominan dan menang, mesti punyai jentera yang kuat di seluruh negara seperti yang terjadi kepada Umno dan PAS.

“Cuba tanya, PPBM ada tak jentera di kawasan Felda?

“Yang ada hanyalah di kawasan bandar seperti di Shah Alam, hanya gendang sahaja yang kuat,” katanya. – Read more FMT

Risalah Ana Ghoib: Muhammad Taib – Mahu kemana kamu hendak menjaga Bangsa Melayu melalui Angsa Emas Intan Berlian Batu Permata Umno lalu menidakkan keadilan – kebenaran?

Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)? – (An-Nisaa’ 4:109)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Ini satu peringatan yang akan kamu kenang dan ketahui akibatnya kelak…

KLIK BACAOrang melayu jangan bunuh “angsa bertelur emas” Umno – Mat Taib

KLIK BACA: Orang kanan Putrajaya cuba sogok RM5 juta pada saya, dakwa Syed Saddiq

KLIK BACA: Penjenamaan Malaysia terkubur dengan berakhirnya F1

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat.

KLIK BACA: PKR saran SPRM pulangkan derma RM5 juta Najib

KLIK BACA: Najib, Zahid takut luluskan pendaftaran Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share