Peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengundang pelbagai spekulasi sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memulangkannya kepada kerajaan bagi mengelak persepsi negatif rakyat terhadap kewibawaan suruhanjaya tersebut. – Foto FMT

PETALING JAYA 2 Okt, 2017 – Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fafzil berkata, dengan mengambil kira perkara-perkara ini, dan mengambil kira bahawa SPRM akan membuat saringan tidak wajib terhadap calon-calon Barisan Nasional (BN) di mana perdana menteri juga adalah Pengerusi BN dan juga salah seorang calon,

Maka peruntukan segera itu dilihat sebagai suatu hadiah atau derma yang mungkin bermotif politik.

“Oleh yang demikian, untuk mengelak spekulasi atau persepsi tidak sihat, SPRM wajar mengambil pendirian moral yang jelas dan memulangkan ‘derma’ RM5 juta ini kepada pihak kerajaan.

“Dengan memulangkan wang ini, SPRM akan menjadi contoh terbaik kepada rakyat Malaysia bahawa bukan sahaja rasuah yang perlu ditolak, malah sebarang hadiah atau derma yang mungkin dilihat sebagai rasuah juga perlu ditolak,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman perdana menteri semalam, dalam program sambutan 50 tahun SPRM, peruntukan segera RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM yang berperanan menjaga kebajikan warga SPRM.

Menurut Fahmi lagi, peruntukan segera RM5 juta ini dibuat selang beberapa hari selepas Najib mengumumkan bahawa beliau telah menyerahkan senarai sebahagian calon BN untuk Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) untuk disaring SPRM.

Selain peruntukan segera RM5juta ini juga dibuat pada ketika Jabatan Peguam Negara belum lagi menerima kertas siasatan SPRM berkenaan RM42juta wang SRC International Bhd yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib.

Malah katanya, pembongkaran Ketua Pembangkang minggu lalu terhadap jumlah kompaun RM115.8 juta yang dikenakan Bank Negara Malaysia(BNM) terhadap entiti-entiti berkait skandal mega 1Malaysia Development Bhd (1MDB) turut melibatkan DS Najib.

“Ini kerana pada ketika kesalahan-kesalahan tersebut berlaku, Datuk Seri Najib merupakan Perdana Menteri yang perlu memberi kebenaran bertulis kepada sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan) berdasarkan Artikel 117 Memorandum & Artikel Pertubuhan 1MDB pada yang terpakai pada ketika itu,” jelasnya.

Justeru beliau mengharap semua ahli parlimen pembangkang mengambil maklum isu peruntukan serta kebajikan SPRM ini, dan membahasnya pada sidang akan datang.

Ini kerana katanya, Parlimen sebagai badan perundangan merupakan forum terbaik untuk mengumumkan peruntukan untuk SPRM dan Yayasan Prihatin SPRM, berbanding pengumuman oleh Perdana Menteri yang merupakan ketua eksekutif.

“Ini adalah untuk mengelak persepsi SPRM tidak bebas dari pihak eksekutif.” tegasnya.

Selain itu, Parlimen juga perlu mengeluarkan SPRM dari Jabatan Perdana Menteri dengan menjadikannya badan bebas yang melapor terus kepada Parlimen. – Source MalaysiaDateline

KLIK BACA: Orang kanan Putrajaya cuba sogok RM5 juta pada saya, dakwa Syed Saddiq

KLIK BACA: Penjenamaan Malaysia terkubur dengan berakhirnya F1

KLIK BACA: Kerajaan Najib perlu mengaku dan berhenti menyalahkan, memperli rakyat.

KLIK BACA: Setelah masuk Umno, Mat Taib kritik Azmin tak jaga Melayu, BERSATU kuat nafsu

KLIK BACA: Orang melayu jangan bunuh “angsa bertelur emas” Umno – Mat Taib

KLIK BACA: Najib, Zahid takut luluskan pendaftaran Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE