JENAZAH LK 1 PNK Nik Muhammad Baihaqy, 28, dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbat, Pasir Tumboh. – Foto BERNAMA

KOTA BHARU 1 Okt, 2017: Ahli keluarga seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan di Lumut, Perak kelmarin, mendakwa ada kesan jalur merah dan lebam pada dada Allahyarham.

Lokman Hakim Zakaria, 27, adik ipar Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, mendakwa melihat sendiri kesan itu ketika memandikan jenazah di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, malam tadi.

Beliau mendakwa, kesan lebam itu kelihatan berjalur seolah-olah dipukul menggunakan senjata tumpul seperti kayu.

“Ketika saya memandikan jenazah bersama abang arwah, saya lihat dada abang ipar ada kesan jalur merah dan lebam, bahagian lain tiada apa-apa kesan. Kami rasakan ada benda tidak kena,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini lapor BHOnline.

Polis mengklasifikasi semula siasatan kes kematian Nik Muhammad Baihaqy dan seorang lagi anggota TLDM, Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

Ia berikutan laporan bedah siasat kedua-dua mangsa di HRPB mendapati terdapat kecederaan dalaman pada tubuh mereka, dipercayai akibat penderaan.

Susulan itu, polis menahan tiga anggota TLDM berusia 29 hingga 44 tahun pada jam 9.30 malam tadi. Mereka direman tujuh hari sehingga 7 Oktober ini untuk membantu siasatan kes terbabit.

KLIK BACA: 3 suspek kes bunuh 2 anggota TLDM direman

KLIK BACA: Anggota TLDM meninggal dunia dalam tahanan tinggal pesan kepada isteri

KLIK BACA: Najib, Zahid takut luluskan pendaftaran Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

KLIK BACA: KP SPRM Dzulkifli anggap Kit Siang umpamakannya ‘monyet’ isu 1MDB biadab

KLIK BACA: Tiada sebab rakyat Malaysia miskin, kata Irwan Serigar Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share