Kejadian yang berlaku di perhimpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus malam tadi mungkin dianggap sebagai teguran Allah s.w.t terhadap parti PAS yang dilihat cuba membuat onar di kubu kuat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif tersebut.

Hujan lebat disusuli kilat disertai detuman kuat guruh menghentikan seketika perhimpunan itu.

Kira-kira 10 minit sebelum jam 11 malam, tiba giliran Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan ucapan.

Ketika menyampaikan ceramahnya, Mohd Nassuruddin yang juga exco Kelantan terganggu apabila bekalan elektrik terputus.

Digelar sebagai “singa PAS” oleh pengerusi majlis, Mohd Nassuruddin sedang menjawab dakwaan dibuat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Kata Mohd Nassuruddin PAS “tidak sepatah pun” membincangkan kerjasama dengan BN.

“Dia (Husam) kata PAS berbincang nak berpakat dengan Umno, nak masuk BN, padahal dalam program (berkenaan) sepatah pun tak bincang hal berpakat dengan Umno,” katanya.

Gangguan mula terasa selepas angin kencang bertiup bersama hujan serta kilat dan guruh.

Selepas guruh berdentum kuat suasana menjadi gelap gelita apabila bekalan elektrik terputus.

Dalam kelam-kabut itu dapat didengar kanak-kanak menjerit menjerit dipercayai kerana terkejut.

Bagaimanapun keadaan kembali dapat dipulihkan kira-kira 10 minit kemudian.

Mohd Nassuruddin kemudian mengetuai bacaan doa meminta perlindungan daripada malapetaka selepas itu.

Teguran Allah s.w.t datang dalam berbagai bentuk. Mungkin mereka perlu muhasabah diri dalam perkara ini. – Sumber: PRU14.tv | Foto kredit Nescafeais blog

Firman Allah: Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya. – (Ar-Ra’d 13:13)

Nota Ana Ghoib: Artikel di ambil dari blog pro-BN PRU14.tv dengan spekulasi tajuk gempar serangan kilat di himpunan FASTAQIM PAS (makna: beristiqamah hingga kemenangan).

Di sisi lain istilah Arab ini janganlah hendaknya disalah guna oleh pemimpin atasan PAS untuk mengelirukan pengikut bawahan mengenai apa yang sedang berlaku dan dilakukan oleh pemerintah yang kini berkuasa.

Tak mungkin tak sedar hati dan mata serta akal bahawa kalian baru diuji dengan MO1 sudah tidak adil memihak dan berpilih kasta juga bulu dengan rasionalisasi politik matang? – namun masih melaungkan HUDUD dan negara berkebajikan?

Dikilas kelicikan politik si tertuduh yang lari dari pengadilan kalian halakan senjata kalian kepada pihak yang lemah kurang anggota namun sesetengahnya berkata benar seperti PAN?

Baik kalian duduk sahaja di atas kitab yang kalian baca dari menyembunyikan kebenaran terang-terangan.

Bab mencagar isteri taklik talak tiga – Rasulullah [sunnah] tidak mengajar demikian dalam kesemua perjanjiannya bukankah akhir zaman menurut hadis baginda berkata iman itu akan kembali ke Madinah umpama ular pulang ke sarang bukan kembali ke Kota Baru atau Marang?

Walladzi nafsi biyadihi –  “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya” jadi jalan manakah yang kamu turut? Adakah kamu ada perjanjian dan Allah mengizinkan kamu mereka hukum sendiri?

Firman Allah: Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?” – (Yunus 10:59)

Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): “Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!” – (Fussilat 41:13)

Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan. (Fussilat 41:17)

Susunan Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…menangkap petir…

KLIK BACASiapa pemimpin PAS yang terlibat perniagaan kosmetik dan rugi? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: KP SPRM Dzulkifli anggap Kit Siang umpamakannya ‘monyet’ isu 1MDB biadab

KLIK BACA: Tamrin Tun Ghafar pula bidas KP SPRM angkuh biadap

KLIK BACANajib barangkali boleh diiktiraf “Tokoh Gelaran Bapa Paling Banyak” di dunia

KLIK BACA: UMNO menang PRU kali ini egonya melonjak setinggi langit

KLIK BACA: Tiada sebab rakyat Malaysia miskin, kata Irwan Serigar Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE