PUTRAJAYA 29 Sept, 2017 – Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah berkata, tidak ada sebab mengapa rakyat Malaysia miskin atau merempat sebaliknya ada pihak tertentu memberikan maklumat salah untuk mengelirukan rakyat sedangkan ada banyak peluang terhidang di negara ini.

“Saya tak tahulah, orang kata Malaysia ekonominya mundur, (ada) orang miskin.

“Salah semua (tu), mana ada kita merempat, hutang macam Bangladesh… kita bukan macam Filipina.

“Ada orang mengelirukan rakyat,” katanya semasa berucap di majlis penyampaian diploma Akademi 1Malaysia Entrepreneurship (1MeT) di Putrajaya hari ini lapor KiniTV.

Kalau orang itu miskin, kata Irwan, beliau berpendapat individu terbabit sendiri yang membuatkan keadaannya begitu.

“Kalau ada kaki, ada tangan, boleh jalan, (bolehlah) hidup di Malaysia,” katanya.

Untuk menjelaskan kenyataannya itu Irwan berkata ketika ini ada kira-kira empat juta rakyat asing hidup berniaga di Malaysia.

“Chow Kit tau? Kalau pergi Chow Kit dulu, orang kita (tempatan) yang berniaga, sekarang separuh daripada peniaga di Chow Kit itu orang Indonesia.

“Kalau orang Indonesia boleh hidup di Malasia, (sepatutnya) orang Malaysia lebih maju,” katanya.

Peniaga pasar malam, kata Irwan, menyediakan pelbagai jenis makanan dan orang ramai membelinya walau apa pun yang ditawarkan di pasaran.

“Kalau pergi pasal malam, penuh (dengan orang)…. orang Malaysia ni kuat makan. Jual apa pun dia (pengguna) beli.

“(Misalnya) letak dalam satu (bahan dalam) minuman baru, bagi tahu kalau minum, badan jadi sihat, darah berjalan (lancar), semua berjalan, tak ada penyakit – terus orang beratur beli,” katanya.

“Kelapa ini kerajaan nak promosi (sebagai) bahan bermanfaat untuk kesihatan.

“Kelapa dara, air kelapa – macam-macam. Kalau kelapa boleh dibuat produk, kawasan pertanian (milik) ayah, datuk, boleh buat bisnes kelapa yang bagus,” katanya dalam video yang disiar KiniTV.

Nota Ana Ghoib: Angan-angan Mat Jenin dan penasihat kewangan KAYA-nya di Putrajaya menggunakan teori pelik mengukur kejayaan ekonomi dari pasar malam.

Berbanding zaman Tun Mahathir nampaknya Najib dan Serigar lupa soal mencipta peluang baru untuk rakyat tetapi kini lebih kepada mencipta peluang kepada pekerja asing.

Terlalu banyak bukti di depan mata malah sekarang mereka kebanyakannya bercakap soal perniagaan online atau bisnes tradisional bukan teras untuk rakyat terutama kepada bangsa Melayu.

Yang pasti kini sesetengah pemuda-pemudinya boleh bikin duit menjadi macai politik berbayar di internet untuk mempertahankan polisi dangkal dan cetek lagi membebankan cetusan idea pemimpin terbijak dan paling bergaya mereka.

Susunan Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh

KLIK BACA: UMNO menang PRU kali ini egonya melonjak setinggi langit

KLIK BACAKerajaan jual Proton kerana dendam kesumat, kata Dr Mahathir

KLIK BACAJauhkan Najib dari MAS semasa beli pesawat baru – Rafizi

KLIK BACA: Politik mencarut, Salleh wajar tegur PM dan penyokong Umno-BN terlebih, kata Shahbudin Husin

KLIK BACA: 1MDB didenda, Wan Azizah lapor polis ke atas Najib

KLIK BACA: Cikgu Kamarul bengang disindir sampah oleh Tun Mahathir?

KLIK BACA: Rakyat Malaysia tak mudah ditipu apabila dipaksa bayar GST – Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share