DRB Hicom mengumumkan pelantikan Li Chunrong dari Geely sebagai CEO PONSB. – Foto Paultan.org

Shah Alam 29 Sept, 2017 – Li Chunrong dari Geely telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Urusan kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam sidang akhbar bersama dengan China Geely Holding Group di Glenmarie, Selangor hari ini lapor portal automotif Paultan.

Proton dan Geely sepakat untuk melantik Dr. Li Chunrong sebagai CEO baharu PONSB, berikutan perletakan jawatan Dato’ Ahmad Fuaad Kenali pada 30 September lalu.

Dr. Li memiliki pengalaman selama 30 tahun dalam industri automotif antarabangsa, termasuk pernah bekerja dengan beberapa jenama besar seperti Honda, Kia dan Dongfeng.

Beliau akan bertanggungjawab terhadpa keseluruhan Proton yang melibatkan pengeluaran, pembuatan, operasi, kualiti, penyelidikan & pembangunan, serta penjualan dan pemasaran.

Manakala Dato’ Radzaif Mohammed pula diumumkan kekal sebagai Timbalan CEO bagi Proton. Beliau akan bersama-sama Dr. Li bagi mengetuai pelan pemulihan Proton.

Dalam majlis pengumuman khas ini juga, lembaga pengarah telah memutuskan usaha pemulihan jenama Proton sebagai teras keutamaan syarikat.

Menerusi perjanjian muktamad pada Jun lalu, DRB-Hicom dan Geely memegang saham masing-masing sebanyak 50.1% dan 49.9% di dalam PHB. PONSB dan Proton Edar pula adalah 100% subsidiari bagi PHB.

KLIK BACAKerajaan jual Proton kerana dendam kesumat, kata Dr Mahathir

KLIK BACANajib barangkali boleh diiktiraf “Tokoh Gelaran Bapa Paling Banyak” di dunia

KLIK BACAJauhkan Najib dari MAS semasa beli pesawat baru – Rafizi

KLIK BACA: UMNO menang PRU kali ini egonya melonjak setinggi langit

KLIK BACARizal Mansor pembantu Rosmah sindir Rafizi hebat, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan

KLIK BACA: Politik mencarut, Salleh wajar tegur PM dan penyokong Umno-BN dahulu, kata Shahbudin Husin

KLIK BACA: Cikgu Kamarul bengang disindir sampah oleh Tun Mahathir?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE