Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MIC di PWTC Kuala Lumpur hari ini mengakui ramai pelajar India tidak mendapat pinjaman PTPTN. – Foto Suara Rakyat Facebook

Perkara itu dibangkitkan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam ucapan beliau sebelumnya.

Pada masa sama Najib menegaskan untuk mengatasi masalah itu kerajaan tidak boleh menaikkan atau menambah cukai.

Katanya orang Malaysia tidak suka membayar banyak cukai.

“Mereka hanya cuka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih,” katanya.

Perdana menteri turut mengingatkan bahawa di India kerajaan negara itu mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 28 peratus.

“Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan,” katanya.

GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan (6 peratus).

Pemimpin kerajaan menegaskan pelaksanaan GST tidak membebankan, malah ada yang lebih berani mendakwa ia akan menyebabkan harga sesetengah barang akan turun.

Bagaimanapun hakikatnya harga barang menjadi lebih mahal kini dan didakwa menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi negara.

Menurut Najib peningkatan kos barangan bukanlah salah kerajaan sebaliknya tindakan peniaga menaikkan harga dan kemudian menyalahkan kerajaan atas masalah itu.

“Sebanyak 165 negara dalam dunia (melaksanakan GST), India 28 peratus. Jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain (merungut),” katanya lapor Malaysiakini.

Manakala The Malay Mail melaporkan Datuk Seri Najib Razak hari ini menggelarkan dirinya sebagai juara pembangunan bagi masyarakat India.

Beliau berkata di bawah pentadbirannya, banyak yang dilakukan untuk komuniti itu berbanding pemimpin terdahulu.

“Walaupun bapa saya atau datuk saya bukan dari Kerala tapi saya digelar bapa pembangunan India,” katanya.

Sindiran dari Bombay – Ada juga manusia puji diri sendiri – masuk bakul angkat sendiri….

Nota Ana Ghoib: Mudahnya lepas tangan harga barang naik salah peniaga bukan kerana GST. Terbaliknya otak bahawa orang kaya yang patut lebih membayar cukai terutama CGT dan ratusan negara juga melaksanakannya tetapi seperti biasa ianya tidak akan diberitahu kepada rakyat kerana mahu mereka ingat dan tahu idea kami sahajalah dengan sombongnya adalah terbaik.

Susunan Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Rakyat Malaysia tak mudah ditipu apabila dipaksa bayar GST – Dr Mahathir

KLIK BACA: Malaysia aman sebelum ‘perompak’ muncul, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Jangan Monyetkan Malaysia – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: MAS beli atau pajak Boeing? Apakah CEO MAS bakal senasib Nor Yakcop?

KLIK BACA: Ketika Rakyat Menderita Najib Cakap Besar, Angan-Angan Di Amerika – Kadir Jasin

KLIK BACA: Apakah kita akan jumpa lagi duit KWSP, MAS, Khazanah dilabur Najib di AS – Tun Mahathir

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE