Kuala Lumpur – Salah seorang pelajar yang terselamat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi berkongsi detik menyelamatkan bayi dalam insiden kebakaran tersebut.

Pelajar, Mohd Ihsan Husin, 16, berkata bayi tersebut adalah anak kepada guru tahfiz berkenaan yang dihulurkan kepadanya ketika dia berada di tingkat dua dan sudah berjaya menyelamatkan diri.

“Bayi itu dihulur kepada saya dari tingkat tiga sebelum saya bawa turun ke bawah.

“Keadaan kelam kabut dan saya tidak tahu apa berlaku kepada ustaz berkenaan.

“Sebelum kejadian saya terjaga daripada tidur kerana mendengar jiran menjerit api, lalu saya kejutkan rakan-rakan lain dan bergegas menyelamatkan diri dengan memecahkan gril pada pintu sebelum turun tingkat dua,” katanya lapor BH Online.

Mohd Ihsan adalah antara 13 mangsa yang terselamat dari kejadian kebakaran yang meragut nyawa seramai 24 orang itu.

Menurutnya, dia sudah belajar di pusat tahfiz berkenaan selama 4 tahun bercerita ketika kejadian asap sangat tebal manakala hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk.

“Selepas solat Isyak (malam tadi) ada kelas sehingga jam 10.30 malam, makan malam dan jam 11 malam kami diminta tidur.

“Saya ada ternampak dua tong gas berhampiran pintu bilik, agak pelik kerana sebelum ini tiada dan kami tidak dibenarkan memasak,” katanya.

KLIK VIDEO: Sedih mayat bergelimpangan, Ku Nan dukacita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

KLIK BACA: Jika Najib tidur di hotel Trump, kos ditanggung rakyat Malaysia bukan AS – Washington Post

KLIK BACA: Saya nak termuntah bila Najib kata ‘Number 1, we want to help you…US.” – Rafizi

KLIK BACA: Najib ke Amerika jumpa Trump – “Ular lidi suap makanan kepada ular sawa”

KLIK BACA: BN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE