Advertisements

Dakwaan pihak polis tidak mengambil tindakan tentang kes gaduh melibatkan pegawai imigresen dan polis dengan orang awam tidak benar. – Foto FMT

Ipoh, 14 Sept: Polis sedang siasat kes gaduh melibatkan pegawai imigresen dan polis dengan orang awam yang tular di media sosial baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dakwaan pihak polis tidak mengambil tindakan berhubung perkara itu tidak benar.

“Pengadu, seorang setiausaha persatuan taman perumahan, hanya datang memberi percakapan petang semalam setelah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Setakat ini, polis merakam 6 percakapan termasuk beberapa saksi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sum berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Rambutan pada 11 September lepas menyatakan dia dipukul beberapa lelaki antaranya seorang pegawai imigresen Ipoh dan seorang polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Advertisements

Beliau berkata, pengadu mengatakan pegawai imigresen yang juga anggota Persatuan Silat Waris Gayung memukulnya setelah ditegur lelaki yang mengatakan rasa tidak puas hati penduduk taman tersebut mengenai gelanggang Silat Waris Gayung yang terabai dan usang serta penuh sampah sarap.

“Atas teguran itu, suspek bertindak memanggil beberapa rakannya ke rumah pengadu dan mengugut membakar rumahnya dan tembak pengadu.

“Semasa pengadu hendak keluar dari rumahnya untuk berbincang masalah berkenaan, tiba-tiba suspek menumbuk serta menendang seluruh badan pengadu sehingga lebam pada badan dan kakinya,” katanya. – Bernama

KLIK VIDEO: Sedih mayat bergelimpangan, Ku Nan dukacita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

KLIK BACA: Jika Najib tidur di hotel Trump, kos ditanggung rakyat Malaysia bukan AS – Washington Post

KLIK BACA: Saya nak termuntah bila Najib kata ‘Number 1, we want to help you…US.” – Rafizi

KLIK BACA: Najib ke Amerika jumpa Trump – “Ular lidi suap makanan kepada ular sawa”

KLIK BACA: BN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share