Advertisements

Sejumlah 25 orang terkorban, tiga kritikal dan dua separa kritikal dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini. – Foto oleh Sarawak Voice

KUALA LUMPUR: Seramai 23 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, dalam kejadian itu, enam pelajar dan seorang orang awam cedera.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.

Kebakaran berpunca dari lintas pintas di pintu masuk utama.

Advertisements

Bomba dapat menyelamatkan 6 orang pelajar manakala sidang media pihak polis seperti dilapor Astro Awani mereka berkata dapat menyelamatkan 14 orang pelajar.

Terdapat 36 pelajar keseluruhan di dalam pusat tahfiz tersebut.

Kebanyakan mangsa yang maut berada dilokasi kiri-kanan pintu keluar menurut Bomba.

Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang. – Bernama | MRM

KLIK VIDEO: Sedih mayat bergelimpangan, Ku Nan dukacita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

KLIK BACA: Najib ke Amerika jumpa Trump – “Ular lidi suap makanan kepada ular sawa”

KLIK BACA: BN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

KLIK BACA: Saya orang pertama suruh Dr Mahathir bersara, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Dr Mahathir gesa pemimpin dan ahli PAS bertaubat jangan sokong jenayah

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share