Advertisements

Washington, 13 Sept – Pertemuan di antara Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J Trump ternyata dilihat Pembangkang begitu cemburu.

Pertemuan antara perdana menteri yang diadakan di Rumah Putih itu sekali gus menjadi kegusaran pembangkang apabila sebelum ini banyak tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap Najib.

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mengenai Najib memenuhi jemputan Trump ke jelas hanyalah kenyataan yang berunsur cemburu.

“Pembangkang begitu gusar apabila Najib selamat tiba di Washington dan bertemu serta mengadakan perbincangan bersama Trump apatah lagi sebelum ini banyak kenyataan buruk yang ditaburkan ini terbukti fitnah hanya semata.

“Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad ada mengatakan Najib tidak berani ke AS dan jika beliau ke sana, berkemungkinan akan ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini lapor Sinar Harian.

Kenyataan Mahathir itu dilihat sebagai pembohongan atas dorongan kelangsungan politik murahan pembangkang.

Advertisements

“Hakikatnya ketibaan Najib disambut baik dan diiringi oleh ‘Secret Service’ di Andrews Joint Air Force Base sehingga ke Rumah Putih untuk mengadakan pertemuan dua hala kedua-dua pemimpin negara itu.

“Selain itu, layanan cukup istimewa yang diberikan oleh kerajaan AS kepada kepimpinan Najib. Ia jelas menunjukkan kerajaan AS amat menghargai kepimpinan Najib dengan menjemput beliau ke rumah Putih seterusnya mengadakan perbincangan bersama,” jelasnya.

“Paling penting pertemuan bersejarah ini seiring dengan sambutan 60 tahun kemerdekaan Malaysia benar-benar membuktikan keikhlasan beliau ingin melonjakkan nama Malaysia ke 20 negara teratas dunia menjelang 2050 bagi memenuhi aspirasi beliau terhadap generasi muda Malaysia,” katanya.

KLIK BACA: Jika Najib tidur di hotel Trump, kos ditanggung rakyat Malaysia bukan AS – Washington Post

KLIK BACA: Saya nak termuntah bila Najib kata ‘Number 1, we want to help you…US.” – Rafizi

KLIK BACA: Najib ke Amerika jumpa Trump – “Ular lidi suap makanan kepada ular sawa”

KLIK BACA: BN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share