Advertisements

Kenapa Malaysia umpama “negara ular lidi” anehnya Najib melibatkan dana pencen KWSP  dan Khazanah menawarkan bantuan kepada Amerika “negara ular sawa” untuk memulihkan ekonominya?. – Foto FMT

oleh Shahbudin Husin

Tiada yang percuma dalam lawatan Najib Razak ke Amerika Syarikat serta pertemuannya dengan Donald Trump kali ini yang nampaknya amat menggembirakan jentera propaganda berbayar UMNO dan BN untuk “spin cerita” menghadapi pilihanraya akan datang.

Selain sebagaimana yang disebut sebelum ini dan dinyatakan semalam oleh Rafizi Ramli bahawa besar kemungkinan lawatan dan pertemuan dengan Presiden Amerika itu adalah hasil kerja Godfrey Group Ltd yang dipercayai telah membayar RM1.125 juta kepada pelobi yang merupakan bekas pembantu Trump, hakikatnya ialah Malaysia terpaksa membayar harga yang amat mahal untuknya.

Didedahkan pada Mei sebelum ini lapor The Daily Beast, Godfrey yang mewakili Pejabat Perdana Menteri telah membuat bayaran kepada pelobi tersebut dengan tujuan yang tidak dinyatakan, di ketika saman sivil DOJ terhadap 1MDB menjadi bualan di seluruh dunia.

Semasa membalas ucapan Trump yang mengalu-alukan kedatangannya ke Rumah Putih, Najib berkata, “kami datang ke sini dengan cadangan yang besar untuk membantu Amerika mengukuhkan ekonominya.”

Advertisements

Ehhh….ini sudah terbalik dan pelik beb!!

Malaysia sebagai “negara ular lidi” pula yang menawarkan bantuan Amerika sebagai “negara ular sawa” untuk memulihkan ekonominya.

Kalau Malaysia mengharapkan bantuan Amerika ada juga munasabahnya.

Di sebalik negara sendiri bergantung kepada China dengan berhutang selama 20 tahun untuk membina landasan keretapi Pantai Timur, mengemis cukai GST setiap hari daripada rakyat, memotong banyak subsidi, menamatkan elaun guru pelatih dan tidak mampu memasang CCTV untuk balai polis – suatu bukti bahawa Malaysia sebenarnya kekeringan wang – Najib dengan tiada rasa bersalah dan selamba mahu membantu mengukuhkan ekonomi Amerika.

Apakah dalam masa yang sama Najib sudah cukup cemerlang dalam mengukuhkan ekonomi Malaysia sendiri?

Dalam usaha “ular lidi” mahu mengenyangkan “ular sawa” yang tidak cukup makan itu, tiga pakej yang ditawarkan Najib ialah menambah pembelian 25 pesawat Boeing untuk MAS yang dalam tempoh lima tahun bernilai antara AS$10 bilion hingga AS$20 bilion, menggunakan dana pencen KWSP untuk melabur sehingga AS$4 bilion untuk menyokong pembangunan prasarananya dan Khazanah Nasional akan dikembangkan lagi peranannya di Amerika.

Keadaan ini jelas berbeza semasa kepimpinan Tun Mahathir di mana semasa lawatannya ke luar negara dahulu, syarikat-syarikat Malaysia yang ditawarkan dan menandatangani pelbagai perjanjian projek di luar negara, bukannya kita memberi projek kepada negara yang dilawatinya.

Ia secara langsung mengukuh dan memberi pendapatan kepada syarikat-syarikat tempatan, tidak sama sekali membiarkan dana dalam negara mengalir keluar di ketika kita rakyat kita sendiri sebagai “ular lidi” ramai yang mengikat perut dan tidak cukup makan.

Kenapa Najib sanggup melakukan sedemikian rupa?

Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Najib datang ke Amerika kali ini dengan jiwa penuh bersalah kerana skandal 1MDB yang sedang disiasat oleh DOJ berkaitan jenayah dan saman sivil untuk merampas aset-aset yang dibeli menggunakan dana kekayaan negara yang diselewengkan.

Tujuannya ialah hanya mahu menggunakan kemesraan dengan Amerika dan Trump itu bagi kepentingan memenangi piliharaya semata-mata.

Maka, beliau akan menggunakan apa saja cara, termasuk terpaksa mengambil wang negara untuk membeli jiwa Amerika bagi membersihkan diri dan menunjukkan kepada rakyat tiada apa-apa tindakan dihadapkan kepadanya, meskipun sehingga ini pentadbiran Amerika tetap mengatakan siasatan DOJ akan tetap diteruskan seperti biasa.

Tiada apa yang patut digembirakan dengan lawatan Najib ke Amerika ini, melainkan “ular sawa” akan tetap dengan tabiat kekenyangannya dan “ular lidi” kekal dengan kelaparannya. – ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews sebagai laman penyebar berita.

KLIK BACA: Tun Mahathir kritik Najib belanja wang di AS ketika rakyat amat memerlukan

KLIK VIDEO: Tun Mahathir ketawa Najib mahu bantu ekonomi US…

KLIK BACA: Najib malukan diri sendiri, Trump tidak tawar sebarang balasan – Tony Pua

KLIK BACA: Saya nak termuntah bila Najib kata ‘Number 1, we want to help you…US.” – Rafizi

KLIK BACA: Jika Najib tidur di hotel mewah Trump, kos ditanggung rakyat Malaysia bukan AS – Washington Post

KLIK BACA: BN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

KLIK BACA: Saya orang pertama suruh Dr Mahathir bersara, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share