Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu Presiden Donald Trump mendapat publisiti buruk daripada media antarabangsa. – Foto News ABS/CBN

Pertemuan yang dilihat sebagai usaha membersihkan imejnya ekoran pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) terhadap jenayah pengubahan wang haram dalam skandal 1MDB itu, langsung tidak mendapat publisiti positif, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

“Segala usaha yang dilakukan untuk menjana gambaran positif dalam lawatan Najib ke Rumah Putih bertemu Presiden Trump nampaknya tenggelam dalam laporan buruk, bukan sahaja di AS tetapi juga seluruh dunia,” katanya.

Menurut Kit Siang, belum pernah berlaku Perdana Menteri Malaysia bersungguh-sungguh melabur [rujuk: Khazanah-KWSP tambah pelaburan di AS] untuk mendapatkan publisiti untuk lawatannya ke Rumah Putih.

“Tak pernah ada Perdana Menteri Malaysia sepanjang 60 tahun ini berdepan dengan serangan media-media antarabangsa yang telah menimbulkan publisiti buruk di AS dan dunia.

“Kita juga tak pasti adakah Najib mampu menyelamatkan dirinya dan reputasi negara melalui lawatannya ini meskipun kita tahu jentera kempen Najib sudah bersiap sedia untuk memberi gambaran positif terhadap lawatan itu kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya lapor Malaysia Dateline.

Kit Siang turut menyenaraikan beberapa tajuk utama liputan media antarabangsa, menjelang lawatan Najib ke Rumah Putih.

Antaranya termasuklah, “Scandal-hit Malaysian leader Najib to visit White House (Japan Times), “Trump to meet scandal-hit Malaysian leader in September” (Reuters), “With Trump meeting, Malaysia’s PM seeks to put 1MDB scandal behind him” (Reuters) dan “Malaysian Leader in Billion-Dollar Scandal Is Invited to White House” (New York Times).

Dalam pada itu, andaian bahawa pertemuan Najib dan Trump itu akan membersihkan Perdana Menteri daripada dikaitkan dengan siasatan DOJ terhadap 1MDB, ternyata tidak tepat.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders dalam satu sidang medianya berkata siasatan DOJ terhadap skandal 1MDB adalah bebas dan pihaknya tidak akan memberi sebarang komen mengenainya.

KLIK BACA: Saya nak termuntah bila Najib kata ‘Number 1, we want to help you…US.” – Rafizi

KLIK BACA: Jika Najib tidur di hotel mewah Trump, kos ditanggung rakyat Malaysia bukan AS – Washington Post

KLIK BACA: Najib ke Amerika jumpa Trump – “Ular lidi suap makanan kepada ular sawa”

KLIK BACA: BN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

KLIK BACA: Saya orang pertama suruh Dr Mahathir bersara, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Dr Mahathir gesa pemimpin dan ahli PAS bertaubat jangan sokong jenayah

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE