Advertisements

Washington, 13 Sept ― Datuk Seri Najib Razak pada Selasa memberitahu komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

Berucap pada Majlis Perniagaan AS-Asean dan Majlis Makan Malam Perdagangan AS di St Regis Hotel, Perdana Menteri berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu kitaran pilihan raya.

“Saya tahu bahawa sebahagian daripada anda mendengar beberapa cerita yang kurang positif tentang ekonomi Malaysia, terutama mengenai 1MDB.

“Bagaimanapun, saya harus mengingatkan anda bahawa walaupun ada masalah, beberapa ahli politik pembangkang di negara kami memperbesar-besarkannya,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata daripada menutup isu itu, kerajaan sebaliknya mengarahkan siasatan dijalankan ke ats syarikat itu pada tahap yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sebelum ini supaya syarikat itu dirasionalisasikan apabila nampak jelas syarikat itu gagal.

“Ini berjalan lancar dan banyak aset yang dahulunya dimiliki oleh 1MDB kini berkembang maju,” katanya.

Advertisements

Beliau menggesa komuniti perniagaan supaya tidak membiarkan suara politik pembangkang mengenai perkara itu mengaburkan realiti sebenar. ― Bernama

KLIK BACA: Saya nak termuntah bila Najib kata ‘Number 1, we want to help you…US.” – Rafizi

KLIK BACA: Jika Najib tidur di hotel mewah Trump, kos ditanggung rakyat Malaysia bukan AS – Washington Post

KLIK BACA: Najib ke Amerika jumpa Trump – “Ular lidi suap makanan kepada ular sawa”

KLIK BACA: BN menang PRU14 rakyat ‘pulang paku buah keras’ kepada Tuan Ibrahim, Hadi pula

KLIK BACA: Saya orang pertama suruh Dr Mahathir bersara, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Dr Mahathir gesa pemimpin dan ahli PAS bertaubat jangan sokong jenayah

KLIK BACA: Nor Yakcop bantu negara, Dr Mahathir berdepan serangan Soros krisis kewangan 1997 – Zam

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share