oleh Zainuddin Maidin | 19 August, 2017

POLIS DIBUNUH KERANA PERTAHAN KERAJAAN KAFIR

Bagi mereka yang tidak berpengalaman politik, mungkin tidak menyedari Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi dalang kepada presidennya Datuk Seri Haji Hadi untuk mententeramkan kegelisahan pemimpin- pemimpin dan juga ahli-ahli akar umbinya atas kerjasama PAS dengan UMNO.

Tuan Ibrahim telah memainkan peranan ini dengan licin dan bijak dengan mengambil kesempatan atas isu-isu popular yang boleh menunjukkan Pas terus dengan prinsipnya dan tetap kritikal terhadap UMNO.

Ada kalanya Tuan Ibrahim dilihat seolah-olah bersama dengan pembangkang dan membelakangi Hadi.

Yang terkini ialah beliau bertanya kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan kenapa terlalu lewat dikeluarkan daripada Felda dan kemudian dihantar ke SPAD.

Soalnya kenapa Tuan Ibrahim tidak bertanya dari awal lagi dan kenapa setelah SPRM bertindak ke atas Isa maka baru semua soalan ini dikemukakan.

Adakah ini kerana takut pengaruh Pas di Felda turut merosot seperti bertambah merosotnya pengaruh UMNO kerana beberapa skandal dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan nama Felda semakin sensitif kepada peneroka- peneroka.

Malapetaka besar akan menimpa UMNO di kawasan-kawasan pilihanraya yang dikuasainya sekiranya Isa Samad dibiarkan terus bebas tanpa menghadapi sebarang tindakan kerana namanya sudah terlalu busuk di kalangan peneroka.

Tuan Ibrahim juga pantas menuntut supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat semula peristiwa ” Memali” berikutan dengan peristiwa itu ditimbulkan semula oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Mohd Zahid Hamidi di Baling walaupun Mahkamah telah menutupnya.

Kepada umum terlihat seolah-olah macam Pas memberikan sokongan kepada kebangkitan semula isu ini untuk marakan sentimen kemarahan pada Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri semasa kejadian itu.

Semua Ketua- Ketua Pengarang akhbar termasuk saya sendiri telah diberikan taklimat dan ditunjukkan video oleh pegawai-pegawai Kementerian dalam Negeri termasuk pegawai tinggi polis berhubung dengan peristiwa itu sebaik sahaja kami kembali dari mengikuti lawatan Perdana Menteri Mahathir ke China pada tahun 1985. Kejadian itu berlaku pada hari kami akan berangkat ke China.

Video polis yang ditunjukkan kepada kami antaranya ialah bagaimana pengikut-pengkut setia Ibrahim Libya berlari pantas dengan memegang parang ke arah polis.

Tidakkah terlintas langsung difikiran Tuan Ibrahim bahawa pengikut Ibrahim Libya yang taksub kepada “Amanat Haji Hadi” percaya bahawa mereka percaya mati syahid dengan membunuh anggota polis yang mempertahankan kerajaan kafir.

Amanat H Haji Hadi yang dikelurkan kira 4 tahun sebelum kejadian Memali pada November 1985.

Amanat ini adalah tercipta kerana ideologi Islam mengikut pandangan fanatik dan taksub Haji Hadi. Imej dan ketaksuban beliau sebagai mahaguru Pas yang dilambangkan oleh pakaian dan retoriknya telah membina kesepaduan dan kafanatikan Pas sekian lama.

Tetapi kecairan telah berlaku bila pengikut-pengikutnya menganggap Haji Hadi ” murtad” dengan kesanggupan berkawan dengan “kafir,” yang tidak sahaja dirasakan oleh ahli-ahli diakar umbi tetapi juga di kalangan kepimpinan Pas yang kiranya tidak terkawal akan menyebabkan lebih ramai akan meninggalkan parti.

Langkah mengawal ini sedang dijalankan oleh Tuan Ibrahim.

Penemuan kajian dan interviu Ketua Eskutif Yusuf Ishak Institude Singapore,Wan Saiful Wan Jan pemimpin-pemimpin parti Pas tidak senang hubungan dengan UMNO ada kebenarannya. Berasaskan tinjauan saya sendiri sebagai wartawan bebas yang ketara sekali diperingkat pimpinan akar umbi terutama di Kedah yang menjadi harapan Pas. Mesyuarat-mesyurat cawangannya telah tidak lagi dihadiri ramai.

Peranan utama Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Pas adalah untuk merasionalisasikan tindakan-tindakan Haji Hadi yang nampak menyokong UMNO sebagai suatu usaha untuk merungkai kekuatan UMNO.

Ia juga boleh dilihat sebagai tindakan mengawal kerosakan yang telah berlaku kepada Pas di seluruh negara kecuali di Kelantan

Dengan semakin dekatnya pilihanraya dan semakin perlunya UMNO kepada sokongan Pas maka akan semakin terserlah Tuan Ibrahim akan mengambil kesempatan dari isu-isu tertentu bagi membersihkan kecemaran yang akan terus dilakukan oleh Haji Hadi terhadap prinsip-prinsip Pas.

Tuan Ibahim adalah dalang wayang kulit Haji Hadi dan Haji Hadi bukanlah lagi Tokoh Pejuang Parti Islam tetapi hipokrit Islam paling besar yang pernah dimiliki oleh negara ini. Segala sesuatu mengenainya adalah palsu termasuk dalam soal mengkafirkan UMNO. Allah Maha Mengetahui. – Sumber Zamkata

*Tan Sri Zainuddin Maidin adalah bekas menteri penerangan. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak mewakili pendirian MalaysiaStyloNews sebagai laman penyebar berita.

KLIK BACA: Saya orang pertama suruh Dr Mahathir bersara, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Dr Mahathir gesa pemimpin dan ahli PAS bertaubat jangan sokong jenayah

KLIK BACA: Najib ada berani tubuh RCI Memali selepas RCI Forex menikam diri?

KLIK SINI: Video wawancara Tun Mahathir buka suara – CNN Indonesia di Putrajaya

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

[signoff predefined=”Disclaimers”][/signoff]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE