Dr Mahathir berkata, penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Forex ketika ini bukanlah mencari kebenaran sebaliknya mempunyai matlamat lain. – Foto PPBM | Sinar TV Youtube

MUAR 9 Sept, 2017 – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika ada sesuatu laporan polis dibuat ke atas anggota atau penyokong pembangkang, polis akan menjalankan siasatan dengan segera, malah menubuhkan RCI dengan tergesa-gesa.

“Tetapi sebenarnya bukanlah kebenaran dikejar, tetapi gambar (orang) memakai pakaian lokap yang diutamakan,” katanya di Muar, Johor malam tadi lapor Malaysiakini.

Kata Dr Mahathir dengan langkah itu rakyat ditakutkan walaupun mereka tidak bersalah.

Pada masa sama katanya isu yang yang sudah diselesaikan berpulih-puluh tahun lalu diungkit dan “dikorek” semula.

“Sebaliknya jenayah yang dilakukan sekarang bebas daripada siasatan, bahkan (dilindungi) daripada perbincangan secara terbuka,” katanya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berucap di depan kira-kira 2,500 orang penyokong yang menghadiri majis sambutan ulang tahun pertama parti berkenaan.

Johor adalah negeri kelahiran Umno kini turut menjadi tapak kepada pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan pembabitan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden BERSATU yang juga adalah bekas menteri besar Johor.

Dalam ucapan sama Dr Mahathir juga mendakwa Datuk Seri Najib Razak memusnahkan “nilai-nilai mulia” di negara ini dengan falsafah “cash is king” yang memungkinan negara ini akan dijajah semula dengan keadaan begitu.

“Akan hilanglah Malaysia dari muka bumi ini jika Najib menang pilihan raya umum ke-14 dan terus menjadi perdana menteri.

“Mungkin (Najib) menjadi perdana menteri boneka yang bergerak dan bertutur kata mengikut kehendak dalangnya,” kata Dr Mahathir namun tidak menjelaskan lebih lanjut kenyataan tersebut menurut Malaysiakini.

KLIK BACA: Najib ada berani tubuh RCI Memali selepas RCI Forex menikam diri?

Nota Ana Ghoib:  Nor Mohamed Yakcop boleh sahaja mengait atau mengenakan Tun Mahathir maka tentunya akan dijulang wira, malah mungkin diberikan kedudukan lumayan baik tetapi dia tahu bahawa berkata benar lebih penting daripada dijulang manusia lalai bermuka-muka di dunia sementelah syukur dia tahu tanggungjawabnya kepada Tuhan.

Thoha Putrajaya – Ketahuilah barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu. maka alangkah sabar beraninya mereka dan kamu masuk menentang api neraka…

Firman Allah Swt: …dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak menyucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih. – (Al-Baqarah: 174)

Dikatakan demikian kerana Allah murka terhadap mereka, mengingat mereka menyembunyikan perkara hak yang mereka ketahui. Untuk itu mereka berhak mendapat murka Allah, dan Allah tidak mahu melihat mereka.

Wala yuzakkihim, Allah tidak mahu menyebut dan memuji nama mereka, bahkan Allah mengazab mereka dengan siksa yang amat pedih.

Dari Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah Saw bersabda: Ada tiga macam orang, Allah tidak akan bercakap kepada mereka dan tidak akan melihat mereka, serta tidak akan menyucikan mereka, dan bagi mereka siksa yang amat pedih, iaitu:

Orang tua yang berbuat zina, raja (penguasa) yang pendusta, dan orang miskin yang takabur. [sombong]. – [Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Murdawaih]

Firman Allah: (Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”. – (Al-Anbiyaa’ 21:112)

Susunan Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Nasihat Ras Arab | Kepada kita mudah, mereka yang zalim kita nasihati manakala yang aniaya kita perangi…sebelum sampai azab yang tertentu bagi Allah melaksanakannya.

KLIK BACA: Najib ada berani tubuh RCI Memali selepas RCI Forex menikam diri?

KLIK BACA: Kenyataan Puad memfitnah Anwar, hina RCI, kata peguam Dr Mahathir

KLIK SINI: Video wawancara Tun Mahathir buka suara – CNN Indonesia di Putrajaya

KLIK BACA: Polis – Pemandu bekas peguam negara ditembak tiada kaitan 1MDB

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE