Geely menanti  kemunculan Li Chunrong mengetuai Proton lapor media Malaysia, China Press. – Foto FMT

Jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat kereta nasional, proton telah jatuh ke tangan warga China selepas DRB-Hicom menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Zhejing Geely Holding pada Mei lalu.

Bekas Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Honda Engine Co, Li Chunrong yang baru menyertai Geely 22 Ogos lalu, telah diberi kepercayaan memegang jawatan tersebut.

Chunrong, 53, mempunyai pengalaman luas dalam sektor automotif, tetapi beliau didakwa masih kurang arif untuk menguruskan operasi pemasaran kereta terutama di peringkat global.

Ini merupakan cabaran berat untuk menerajui syarikat kereta nasional kerana masih dianggap orang baharu Geely.

Jawatan CEO Proton baharu itu sudah hampir pasti milik Chunrong dan Geely sudah ternanti-nanti kemunculan beliau bagi mengubah nasib Proton kembali menjadi syarikat menguntungkan dalam laporan China Press.

Pemilihan Chunrong juga adalah sebahagian strategi utama Pengerusi Geely, Li Shufu yang kerap menekankan untuk memulihkan Proton secepat mungkin.

KLIK SINI: Video wawancara Tun Mahathir buka suara – CNN Indonesia di Putrajaya

KLIK VIDEO: Tak ramai menteri rasuah masa saya jadi PM, kata Tun Mahathir kepada CNN Indonesia

KLIK BACA: Kenyataan Puad memfitnah Anwar, hina RCI, kata peguam Dr Mahathir

KLIK BACA: Kerajaan menunggu PAS perdaya penyokong, politik matang sejahtera hanya untuk UMNO, BN dan Najib saja

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

KLIK BACA: Singkir Najib saja tidak akan selesaikan masalah negara, kata Muhyiddin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share