Jumaat lalu, Watie, 41, hadir bersama suami, Joey ke Mahkamah Sesyen Selayang. – Foto mStar

Kuala Lumpur, 9 Sept – Hana, bekas anggota kumpulan Elite diisytiharkan muflis akibat perbuatan sahabat sendiri antara perkara yang menjadi kemarahan Hana selepas dia gagal berjumpa anak-anaknya akibat disekat keluar negara.

Hana berkata, dia sudah dua tahun tidak bertemu dua anaknya iaitu Aaron Danial Mann, 16, dan Alayna Daniella Mann, 15, yang kini menetap di London.

“Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung!

“Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara.

“Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain,” katanya lapor mStar.

Kata Hana, Watie mengetahui mengenai jumlah asal tersebut namun dia berdegil untuk tidak membayar yang membuatkan dia perlu menanggung akibatnya.

“Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.

“Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 sahaja.

“Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hana berkata, ruang untuk mereka berbincang juga sudah tertutup kerana Watie pernah diberi peluang berbuat demikian namun mensia-siakannya.

“Saya sudah serik! Tiada lagi peluang untuknya dan biarlah mahkamah sahaja yang putuskan,” katanya.

Pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 39, memenangi saman terhadap Watie berhubung kegagalan penyanyi itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.

KLIK BACA: Kerajaan menunggu PAS perdaya penyokong, politik matang sejahtera hanya untuk UMNO, BN dan Najib saja

KLIK BACA: Polis – Pemandu bekas peguam negara ditembak tiada kaitan 1MDB

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

KLIK BACA: Singkir Najib saja tidak akan selesaikan masalah negara, kata Muhyiddin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE