Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan percaya parti itu harus bersedia menjadi sebuah kerajaan meskipun hanya bertanding 40 kerusi parlimen dalam PRU14. – Foto FMT

Nasrudin dalam satu catatan Facebook hari ini berkata, PAS bersama Gagasan Sejahtera sedang mengorak langkah ke gerbang pilihanraya umum ke-14 dengan siap dan sedia untuk memenangi kerusi yang ditandingi dan menggalas tanggungjawab membina negara berkebajikan, sejahtera dan maju bersama Islam.

“Minda, spiritual dan fizikal pimpinan PAS, ahli dan seluruh penyokongnya perlu diletakkan dalam posisi “government in waiting”. Justeru itu, PAS menggagaskan budaya politik matang dan sejahtera dalam pendekatan dan gerak kerja parti,” katanya.

Ulasan oleh penganalisis politik Shahbudin Husin di bawah:

Government in waiting….kah kah kah….

Ada sesiapa nak percaya atau ini satu lagi lawak jenaka daripada PAS?

Rasanya ramai yang ketawa sambil geleng-geleng kepala dengan kenyataan terbaru pemimpin Pas ini.

Macam mana Pas nak menang pilihanraya dan jadi kerajaan masa depan sedangkan mereka melalui Gagasan Sejahtera adalah gabungan paling kecil, selain hanya bertanding di kawasan Melayu semata-mata?

Lebih lucu target kemenangan pun 40 kerusi Parlimen saja.

Jadi, nak bersiap-siap untuk jadi government in waiting buat apa?

Lawak kan!!

Sebenarnya ini adalah satu lagi penipuan dan cara Pas memperdaya dan menipu para penyokong mereka.

Dulu, mereka menjanjikan perjuangan menentang UMNO dan BN adalah jihad, bersamanya terkumpul banyak pahala dan syurga bakal menanti sebagai balasannya.

Kini, apabila apabila Pas menjadi mesra UMNO dan BN, semakin kurang kedengaran Pas mengatakan perjuangan mereka untuk mencari syurga.

Sebaliknya, apa yang dilakukan kini kononnya adalah matang dan sejahtera.

Namun, matang dan sejahtera Pas hanyalah kepada UMNO, BN dan Najib Razak saja.

Kepada yang lain-lain…semuanya pantang belaka.

Bersendiriannya Pas atau bergebang atas nama Gagasan Sejahtera, tujuannya hanyalah sebagai alat dan perkakas untuk menjadi penyendal dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN terus berkuasa.

Pas tahu pendirian terbaru mereka bermesra-mesraan dengan UMNO dan BN, lebih-lebih lagi setelah Najib terkait dengan skandal 1MDB dan cara pemerintahan kerajaan sekarang sudah bertukar daripada demokrasi kepada kleptokrasi, turut tidak disenangi oleh ahli dan penyokong bawahan mereka.

Setelah diasuh dengan kafir-mengkafir, menolak sembelihan dan berimamkan orang UMNO, tidaklah semudah itu bagi semua ahli dan penyokong Pas untuk tiba-tiba beralih arah menjadikan musuh sebagai kawan karib.

Lantaran itu, walaupun hanya mewakili kelompok Melayu dan matlamat kemenangan cuma 40 kerusi, satu angka yang tidak pernah dicapai Pas selama ini dan lebih mustahil kerana bersendirian, cara parti itu memperdaya ahli dan penyokongnya ialah dengan memberi gambaran keyakinan bahawa kerajaan masa depan bakal menjadi milik mereka.

Ia adalah untuk melindungi muslihat sebenar Pas untuk memberi kelebihan kepada UMNO dan BN serta memastikan Najib kekal berkuasa yang secara tidak langsung ia juga bertujuan mengelakkan Perdana Menteri daripada diadili atas pelbagai skandalnya oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang bermatlamatkan memulihkan ekonomi dan menyelamatkan negara selepas pilihanraya akan datang.

Government in waiting…inilah kaedah terbaru Pas cuba memperdaya serta memperbodohkan ahli dan penyokong mereka.

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik. Artikel adalah pendapat peribadinya yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews sebagai laman penyebar berita.

KLIK BACA: Polis – Pemandu bekas peguam negara ditembak tiada kaitan 1MDB

KLIK BACA: Singkir Najib saja tak akan selesai masalah negara, kata Muhyiddin

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

KLIK BACAKita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

KLIK BACATrump batalkan saja pertemuan dengan Najib, gesa WSJ

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share